Video Rakyat Kisah Masyarakat

5 Gambar Samantha Katie Yang Dinobat Miss Universe Malaysia 2017

 

Berkat semangat yang tidak mudah berputus asa, Samantha Katie James, 23 dari Kuala Lumpur dinobatkan sebagai juara ratu cantik Miss Universe Malaysia 2017 malam tadi.

Gadis kacukan Cina-Brazil itu mengalahkan 16 finalis lain yang dipilih dari seluruh negara, termasuk dua atlet kebangsaan dalam acara trek dan lawan pedang, Tanalaksiumy Rayer dan Laura Simon.

Dana Low, Ollemadthee Kunasagaran, dan Laura Simon masing-masing mendapat tempat kedua, ketiga dan keempat.

Samantha akan mewakili Malaysia di arena Miss Universe ke-66 yang bakal diadakan tahun depan.

“Saya tidak menyangka akan dapat dinobatkan juara, namun ini merupakan suatu perjalanan yang jauh buat saya sendiri.

“Saya pernah menyertai Miss Universe ketika berumur 18 tahun tetapi tidak berjaya pada masa itu. Belum lagi bersedia ketika itu. Untuk pertandingan kali ini, saya tahu bahawa saya cukup bersedia,” kata Samantha.

Bangkit lepas 6 tahun

Dalam sesi wawancara selepas acara itu, Samantha juga berkongsi motivasi beliau kembali dalam Miss Universe Malaysia walaupun tidak berjaya enam tahun lalu.

“Apabila saya menetapkan matlamat yang ingin dicapai, saya akan cuba sedaya upaya untuk memenanginya. Walaupun kalah, saya akan terus berusaha.

Beliau juga mendedahkan pernah bertemu dengan Pia Alonzo Wurtzbach, pemenang Miss Universe 2015 peringkat antarabangsa yang berasal dari Filipina.

“Kami pernah bekerjasama. Beliau pernah menasihati saya untuk terus berjuang dan buat yang sebaik mungkin,” ujar beliau.

Pia sendiri mempunyai pengalaman tiga kali menyertai Binibining Pilipinas, pertandingan ratu cantik Filipina.

Standard Kiran

Sementara itu, pengarah Miss Universe Malaysia, Elaine Daly, yang pernah mewakili Malaysia pada tahun 2003, merakamkan rasa kagumnya terhadap 17 finalis tahun ini.

“Ini merupakan suatu perjalanan yang bermakna untuk mencari wakil Malaysia melalui proses berbulan-bulan. Saya berasa amat gembira dapat bekerjasama dengan Samantha untuk bersedia dalam pertandingan tahun depan,” katanya.

Daly berkata pemenang tahun lalu Kiran Jassal telah menetapkan standard yang agak tinggi untuk pertandingan itu.

Beliau berharap, Samantha juga dapat mencapainya, bahkan mungkin lebih baik lagi.

“Walau apapun, saya selalu memberitahu mereka jika bertanding dalam arena antarabangsa, kita sertainya untuk memenangi pertandingan itu.

“Kita perlu fokus dan pastikan kemenangan itu,” kata Daly. –MK

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

10 Gambar Naib Presiden Azerbaijan Yang Pasti Memukau Mata Anda…..

 

Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev melantik isterinya sendiri sebagai naib presiden pertama, langkah yang dilihat menguatkan lagi cengkaman keluarganya terhadap negara kaya hasil minyak itu.

Pelantikan Mehriban Aliyeva dibuat setelah jawatan itu diperkenal sebelum ini melalui pindaan perlembagaan.

Dalam sistem negara itu, naib presiden pertama dianggap sebagai pegawai kerajaan kedua tertinggi dalam negara itu.

Aliyeva, 52, bagaimanapun telah terlibat dalam politik sebagai anggota parlimen parti pemerintah Yeni Azerbaijan sejak 2015 dan mengetuai yayasan berpengaruh Yayasan Heydar Aliyev.

Aliyeva juga dilihat sebagai pengganti berpotensi suaminya.

Lihat 10 keping gambar Aliyeva ;

 

 

Wajah Wajah Spy Wanita Korea Utara

                

 

 

Ogos tahun lepas, Daily Star United Kingdom pernah mendedahkan strategi Kim Jong Un, pemimpin Korea Utara menggunakan wanita wanita seksi sebagai spy dalam facebook. South Korea’s National Intelligence Service (NIS)  telah memberi amaran berikut : “If a beautiful stranger wants to become your friend on Facebook, you should turn them down.”.

Spy wanita Kim Jong Un turut menghantar email kepada sasaran mereka untuk mencuri maklumat peribadi dan lain lain lagi. Di Korea Selatan, banyak laman web telah digodam oleh spy wanita dari Korea Utara menurut laporan dari NIS itu.

Seorang propagandis di zaman bapa Kim Jong Un mendedahkan strategi “honeytrap” ini. Dalam bukunya, propagandis tersebut yang dikenali dengan nama Jang Jin Sung mendedah ada spy wanita yang dihantar ke luar negara untuk menggoda dan melakukan misi misi khas.

Ada yang diculik untuk dijadikan spy wanita dan dipaksa untuk mempunyai anak dengan pemimpin atau spy Korea Utara. Anak itu akan dilahirkan sebagai spy kerana genetik anak itu tidak akan mendedahkan bahawa beliau adalah spy Korea Utara.

Hari ini polis Malaysia telah berjaya menahan dua dua suspek yang membunuh Kim Jong Nam di KLIA pada 14 Februari yang lalu. Kedua dua bukanlah mempunyai identiti Korea Utara. Seorang bernama Siti Aishah berusia 25 tahun dari Banten, Indonesia dan seorang lagi bernama Doan Thi Huong, berusia 28 tahun dari Vietnam.

Mungkinkah dua orang spy wanita ini telah dilatih sekian lama untuk melakukan misi khas tersebut? –Tv14

 

 

 

10 Lelaki Paling Handsome Di Malaysia

 

Portal Tv14 kongsikan hasil pemerhatian rambang oleh sebuah sumber mengenai 10 lelaki paling handsome (tampan) di Malaysia setakat ini.

 

Data berkenaan difahamkan telah dipungut sepanjang tahun 2016 yang lalu dari kalangan netizen berjantina wanita. Senarai 10 lelaki handsome di Malaysia itu adalah seperti berikut ;

 

 

1. Tunku Ismail Sultan Ibrahim – Tuanku Makhkota Johor
Berusia 33 tahun, mencatat sejarah bila dipilih oleh Presiden India untuk mengetuai 400 askar berkuda India dalam perbarisan Republik Day di India di hadapan Presiden Vladimir Putin sebagai tetamunya pada tahun 2007. Putera Raja yang handsome.

 

 

2. Fattah Amin, Pelakon
Berusia 27 tahun, dilahirkan di Kuala Lumpur. Bekas graduan UiTM dan Universiti Utara Malaysia. Menjadi duta kepada 5 produk. Juara Hero Remaja 2011. Anugerah Maskulin Choice 2016. Amat handsome bila berada di sisi Neelofa dalam drama “Suri Hati Mr Pilot”.

 

 

3. Aaron Aziz, Pelakon
Berusia 41 tahun, dilahirkan di Singapura. Lakonan romantiknya bersama Maya Karin dalam Ombak Rindu melonjak namanya. Diangkat sebagai pelakon terbaik. Drama Nora Elena dan Isteri Tuan Ihsan melonjak karakternya sebagai lelaki handsome dan romantik dalam filem dan drama Melayu.

 

 

4. Zul Ariffin, Pelakon
Berusia 31 tahun, dilahirkan di Taiping, Perak. Kacukan Melayu dan Belanda. Drama Rindu Awak 200% bersama Ayda Jebat melonjakkan namanya. Simbol kehandsomeman “Abang Sado” di Malaysia.

 

 

5. Sheikh Muszaphar Shukor, Angkasawan
Berusia 45 tahun, dilahirkan di Kuala Lumpur. Campuran Arab dan Melayu. Pernah menjadi part time model. Sudah berkahwin dan ada dua orang anak. Handsome ketika berada di angkasa.

 

 

6. Hishamuddin Hussein, Menteri
Berusia 56 tahun, dilahirkan di Kuala Lumpur. Berkelulusan Sarjana Undang Undang dari London School of Economics, United Kingdom. Sudah 22 tahun menjadi ahli parlimen di Malaysia. Dipuji semasa isu MH370. Ucapannya pada waktu itu dianggap “handsome & awesome”.

 

 

7. Khairy Jamaluddin, Menteri
Berusia 41 tahun, dilahirkan di Kuwait. Bekas lulusan Oxford University. Portal Oh Bulan memberikan Anugerah “Tall, Dark & Handsome” kepada KJ.

 

 

8. Nik Michael Imran, Chef
Berusia 28 tahun, kacukan Australia – Melayu. Bapanya Datuk Nik Ezar Nik Bolia, seorang chef berpengalaman. Kampungnya di Simpang Pulai, Johor. Handsome ketika memasak di dapur.

 

 

9. Irfan Khairi, Jutawan Internet
Berusia 37 tahun, sudah beristeri dan berasal dari Perak. Mula berniaga pada usia 25 tahun dengan modal RM500. Handsome dalam kerjayanya di Internet.

 

 

10. Syed Saddiq, Ketua Pemuda
Ada yang gelarnya handsome, ramai peminatnya dari geng clubbing. Pernah jadi personaliti lelaki majalah Glam. Berusia 23 tahun, asal dari Johor Bharu.

 

 

Najib Razak Recognized as the Second Most Influential Muslim Leader in the World

 

PRIME MINISTER Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak not only successful in driving our country, Malaysia in facing any challenges and obstacles, but his contributions to the outside world are also highly respected.

 

Especially in the Islamic world, Najib, who was born in Pahang, has successfully become the second most influential Muslim leader in the world around the year 2016.

 

His leadership style and voice began to be feared when Najib fought the issue of Israeli illegal settlements in Palestine. For Najib, the illegal settlements should be barred not only on the principles of religion, but because of the human rights agenda.
Najib is also increasingly popular in the Islamic world when he fought for Rohingya even though he was given a stern warning by the government concerned. With the practice of wasatiyyah (moderation) by taking the example of Prophet Muhammad, he has been successful in driving ASEAN throughout the period, particularly in the diplomatic relations between China and the United States.

 

Najib’s recognition as the second most influential Muslim leader came second after the President of Turkey, Recep Tayyip Erdogan. He became the most influential Muslim leader after managing to resolve the crisis in Syria, the refugees and at the same time able to maintain the country’s economic stability.

 

Ranking third after our Prime Minister is the King of Saudi Arabia, King Salman Bin Abdulaziz Al Saud. Guardian of the two holy cities is the Prince who is well-respected by 4,000 princes of the Al Saud family. King Salman is also very influential in the field of print media in the country.

 

Ranking fourth in the list of world’s 10 Muslim leaders is Dr Yousef Ahmad Al-Othaimeen. He is the Secretary General of the Organization of Islamic Cooperation (OIC) which is very influential in the Muslim countries of Central Asia.

 

Rangking fifth is Ismail Haniyeh. He is a Palestinian prime minister since 10 years ago and is responsible for the better diplomacy affairs to settle the conflict between Palestine and Israel.

 

Appearing sixth on the list of the most influential Muslim leader in the world is the leader of our neighboring country, the Sultan of Brunei Darussalam. Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzadin Wad’daulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Sir Omar Ali Saifuddin is the 29th Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei’s and the first prime minister of the country. In addition to being a leader that is loved by the people, and he is also one of the richest people in the world with assets of more than USD 200 billion.

 

At the seventh place is Jordan’s King Abdullah II. He is believed to be a 41st descendant of Prophet Muhammad’s family. Among 21 Arab countries, he is the third longest leader after Sudan and Oman.

 

Another leader of our neighboring country, Joko Widodo came eighth in the list of most influential Islamic leaders. More popularly known as Jokowi, the 7th President of Indonesia is the most popular after Suharto and Sukarno era. His voice was recognized when he played a role through the OIC in fighting for the Palestinian independence through the Special Session in Jakarta in March 2016.

 

Even at the mention of the name Prof. Dr. Sheikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, certainly most Muslims will recognize this world scholar. This President of the International Union of Muslim Scholars is very outspoken against the cruelty towards Muslims that occurred in Rohingya, Syria, and Palestine, in addition to his never-ending calls to the world towards peace instead of being an extremist. Therefore, it is no wonder that he became the ninth most influential Islamic leader in the world.

 

Ending the list of the 10 most influential Muslim leaders in the world is Abdel Fattah Saeed Hussein Khalil El-Sisi. Born on November 19, 1954, he was the former Commander-in-Chief of the Egyptian Armed Forces, Ministry of Defense, from August 12, 2012 until March 26, 2014 before becoming the president of Egypt today. He was instrumental in restoring the diplomacy with the United States after the fall of Morsi, in addition to strengthening the relations with Russia.

 

The ten most influential and respected Muslim leaders’ list is enough to make us proud when we managed to put our country’s leader at the second highest level. Although there are some Malaysians who continues to be blinded by slanders of our Prime Minister, the world of Islam proves to be sharper with this recognition.

 

Together, let us extend our gratitude and prayers so that Najib Tun Abdul Razak will remain healthy, has a long life, and remain as the prime minster of our country so that he can devote more for the benefit of all of us, as well as the Muslims across the world. Najib Razak, well done! –Tv14

 

Najib Razak Diiktiraf Sebagai Pemimpin Islam Kedua Paling Berpengaruh Di Dunia

 

PERDANA MENTERI, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bukan sahaja berjaya memacu negara kita Malaysia bagi menghadapi sebarang cabaran dan rintangan, malah sumbangannya terhadap dunia luar turut disanjung tinggi.

 

Khususnya dalam dunia Islam, Najib, anak kelahiran negeri Pahang ini telah berjaya menerpa nama sebagai pemimpin Islam kedua paling berpengaruh di dunia sekitar tahun 2016.

 

Corak kepimpinan dan suaranya mula digeruni apabila Najib memperjuangkan isu penempatan haram Zionis di Palestin. Bagi Najib, penempatan haram tersebut wajar dihalang bukan sahaja atas prinsip agama, malah disebabkan agenda hak asasi manusia.

 

Najib juga semakin digemari dunia Islam apabila memperjuangkan isu nasib etnik Rohingya walaupun diberi amaran keras oleh pihak kerajaan negara berkenaan. Dengan amalan wasatiyyah (sederhana) mengambil contoh dari sifat Baginda Rasulullah SAW, Najib telah berjaya memacu ASEAN sepanjang tempoh tersebut, khususnya dalam hubungan diplomasi antara China dan Amerika Syarikat.

 

Pengiktirafan keatas Najib selaku pemimpin Islam kedua paling berpengaruh itu berada di kedudukan selepas Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan. Beliau menjadi pemimpin Islam pertama berpengaruh sejurus berjaya menyelesaikan krisis di Syria, pelarian dan dalam masa sama dapat mengekalkan kestabilan ekonomi negaranya.

 

Berada di kedudukan ketiga selepas Perdana Menteri kita adalah Raja Arab Saudi, Raja Salman Bin Abdulaziz Al Saud. Penjaga dua kota suci itu merupakan Putera yang amat disegani oleh 4,000 orang Putera Raja keluarga Al Saud. Raja Salman juga amat berpengaruh dalam bidang media cetak di negara berkenaan.

 

Menduduki tempat keempat dalam senarai 10 pemimpin Islam dunia itu adalah Dr Yousef Ahmad Al-Othaimeen. Beliau merupakan Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang amat berpengaruh di negara-negara Islam Asia Tengah.

 

Pemimpin Islam ditempat kelima pula ialah Ismail Haniyeh. Beliau merupakan Perdana Menteri Palestin sejak 10 tahun lalu dan bertanggungjawab dalam urusan diplomasi yang lebih baik untuk penyelesaian konflik antara Palestin dan Israel.

 

Tampil menjadi pemimpin Islam keenam paling berpengaruh di dunia adalah pemimpin negara jiran kita iaitu Sultan Brunei Darussalam. Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzadin Wad’daulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Sir Omar Ali Saifuddin merupakan Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei ke-29 dan Perdana Menteri pertama negara tersebut. Selain menjadi pemimpin yang dikasihi rakyat, Baginda juga adalah salah seorang dari orang yang terkaya di dunia iaitu mempunyai harta lebih AS$200 bilion.

 

Sejurus selepas Sultan Brunei, Raja Jordan, Raja Abdullah II menjadi pemimpin Islam ketujuh paling berpengaruh dan disegani dalam dunia ini. Baginda dipercayai merupakan keturunan ke 41 dari salasilah keluarga Baginda Rasulullah SAW. Di kalangan 21 negara Arab, Baginda merupakan pemimpin ketiga paling lama berkuasa selepas Sudan dan Oman.

 

Seorang lagi pemimpin negara jiran kita iaitu Joko Widodo menjadi pemimpin Islam kelapan paling berpengaruh. Lebih popular dengan panggilan nama Jokowi, Presiden Indonesia ke 7 itu adalah yang paling popular selepas era Suharto dan Sukarno. Suaranya mula disedari apabila berperanan melalui OIC menuntut kemerdekaan Palestin menerusi Sidang Khas di Jakarta pada Mac 2016 lalu.

 

Sebut sahaja nama Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, pastinya majoriti dari umat Islam mengenali ulama dunia ini. Presiden Persatuan Ilmuan Islam Antarabangsa ini amat lantang terhadap kekejaman umat Islam yang berlaku di Rohingya, Syria, Palestin, disamping tidak pernah jemu menyeru dunia kearah jalan damai dan bukan bersifat ekstrimis. Oleh yang demikian, tak peliklah beliau menjadi pemimpin Islam kesembilan paling berpengaruh di dunia.

 

Mengakhiri senarai 10 pemimpin Islam paling berpengaruh di dunia adalah Abdel Fattah Saeed Hussein Khalil El-Sisi. Dilahirkan pada 19 November 1954, beliau adalah Mantan Panglima Angkatan Bersenjata Mesir, Menteri Pertahanan, dari 12 Ogos 2012 hingga 26 Mac 2014 sebelum bergelar Presiden Mesir sekarang ini. Beliau berperanan besar memulihkan semula diplomasi dengan Amerika Syarikat selepas kejatuhan Morsi, disamping menguatkan lagi hubungan dengan kuasa dunia, Rusia.

 

Sepuluh pemimpin Islam yang berpegaruh dan disegani di dunia ini sudah cukup membuatkan kita berbangga apabila berjaya meletakkan pemimpin negara sendiri menjadi pilihan kedua tertinggi. Walaupun ada diantara penduduk Malaysia yang tidak jemu dipengaruhi oleh fitnah keatas diri Perdana Menteri kita, namun dunia Islam sebenarnya lebih bersifat celik mata dengan pengiktirafan ini.

 

Bersama-samalah kita memanjatkan rasa syukur dan doa agar Najib Tun Abdul Razak akan terus sihat, dipanjangkan usia dan kekal memerintah negara kita agar lebih banyak lagi manfaat dapat beliau curahkan untuk dirasai kita semua, malah turut dikecapi masyarakat Islam di seluruh dunia. Syabas Najib Razak! –Tv14

 

Fazura Dan Randy Seidman Dilamun Cinta? Lihat 10 Bukti Ini…..

 

Sebelum ini terdapat gosip kuat mengatakan Fazura sedang menjalin cinta dengan Randy Seidman.

Namun ianya dinafikan Fazura dengan mengatakan mereka hanya berkawan baik.

Semalam, hubungan mereka ‘kantoi’ apabila Randy Seidman sendiri mengaku bahawa Fazura adalah teman wanitanya.

Jadi, adakah mereka benar-benar sedang bercinta?

Jom admin belanja gambar bukti mereka dilamun cinta.

 

 

Ini Mungkin Mualaf Paling Cantik Dalam Dunia

Haaa….hari nie admin nak share mualaf paling comel nie haaa.

Nama dia Ayana Jihye Moon…Asal dari Korea…Memang le comel ye dakk…

Dilahirkan pada 28 Desember 1995…Umur baru 22 tahun…belajar pulak kat Malaysia skang nie..

So…apa lagi…calon isteri pilihan nie…Jom tengok gamba2 dia…ketaq tulung rusuk….

 

 

Koleksi Gambar Hot Ivanka Trump.. Patutlah Bill Clinton ‘Cair’

 

Bill Clinton kantoi usha anak Donald Trump iaitu Ivanka Trump.

Tengah sedap dok usha rupanya bini dia Hillary tu prasan pulak…

Tapi Ivanka tu memang hot orangnya…

Haaa nie kami belanja gambar dia..

 

Pemimpin Umno Kedah Terus Setia Kepada Najib Razak

Datuk Seri Najib Razak tiba di Kedah, untuk lawatan dua hari ke negeri berkenaan bermula 16 Januari 2017. Perdana Menteri yang ditemani isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) di Kepala Batas, kira-kira jam 4 petang.

 

Beliau yang diiringi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, kemudian terus ke TH Hotel & Convention Centre, untuk menghadiri mesyuarat tertutup bersama Badan Perhubungan UMNO negeri, yang turut disertai tiga sayap pergerakan parti dan kepemimpinan UMNO Bahagian.

 

Berikut beberapa keping gambar yang dikongsi kan daripada lensa rakan media portal KedahNews yang berada di sana ;

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Gambar Eksklusif Perlantikan Datuk Amar Abang Johari Sebagai Ketua Menteri Sarawak


Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, 67, hari ini dilantik sebagai Ketua Menteri baharu Sarawak menggantikan Tan Sri Adenan Satem yang meninggal dunia Rabu lepas.
Timbalan Presiden parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu yang lengkap berpakaian Baju Melayu hitam, mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Sarawak keenam di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud di Astana, kediaman rasmi ketua negeri di sini.

Turut hadir, isteri beliau Datin Amar Jumaani Tuanku Bujang, anggota-anggota Kabinet negeri, Adun dan kakitangan kanan awam.

Abang Johari atau dikenali mesra dengan nama Abang Jo, merupakan seorang daripada tiga timbalan ketua menteri di bawah pentadbiran Allahyarham Adenan, selain Datuk Amar Douglas Uggah dan Tan Sri Dr James Masing.

Merupakan seorang ahli politik veteran, Abang Johari berkecimpung dalam politik lebih daripada 30 tahun.

Beliau merupakan Adun bagi kawasan Satok selama sembilan penggal.

Abang Johari yang berkelayakan jurutera, buat pertama kali bertanding bagi kerusi itu, pada 1981.

Beliau mempunyai 10 orang adik beradik daripada keluarga ternama Sarawak yang mempunyai sejarah panjang di negeri ini.

Allahyarham bapanya Tun Abang Haji Openg merupakan Yang Dipertua Negeri Sarawak pertama selepas Sarawak mencapai kemerdekaan daripada Britain dan selepas pembentukan Malaysia pada 1963.

Adenan yang memegang jawatan Ketua Menteri selama hampir tiga tahun, meninggal dunia Rabu lepas kerana komplikasi jantung di Pusat Jantung Sarawak, Hospital Umum Kota Samarahan. –Bernama

Siapa Sebenarnya PUSKAS, Anugerah Yang Dimenangi Oleh Faiz Subri?

 

Nama Puskás Award diambil dari nama Ferenc Puskás, legenda penjaring terbesar sepanjang masa yang berasal dari Hungary. Sepanjang kariernya dari 1943 hingga 1966, beliau bermain untuk pasukan Budapest dan Real Madrid, serta menjaringkan 512 gol daripada 528 perlawanan.

Di level kesebelasan negara juga ia menjadi pemain yang hingga saat ini terkenal sangat produktif, iaitu 84 gol dari 85 perlawanan untuk Hungaria; atau hampir ia mencetak gol setiap kali ia bermain, sampai-sampai mereka terkenal dengan sebutan “The Magical Magyars”.

Setelah beliau meninggal dunia pada 17 November 2006 di usia 79 tahun kerana Penyakit pneumonia, Dr. Istvain Csorba yang pertama kali yang memberi sumbangan idea untuk menamakan penghargaan gol terbaik dunia dengan nama Puskás.

Dengan persetujuan daripada keluarga Puskás, ia kemudian mengemukakan cadangan kepada FIFA agar anugerah gelaran gol terbaik diberikan dengan nama Puskás Award. Malangnya, pada 9 Oktober 2009, Dr. Csorba meninggal dunia sehingga dia tidak boleh melihat hari apabila kontrak ditandatangani oleh Presiden FIFA pada masa ini.

“Hal ini penting untuk menjaga ingatan mereka terhadap pemain bola sepak hebat yang telah meninggalkan jejak mereka di sejarah kita. Ferenc Puskás tidak hanya pemain dengan bakat besar yang memenangi banyak anugerah, tetapi juga seorang lelaki yang luar biasa. FIFA, kerana itu, senang untuk memberikan penghormatan dengan mendedikasikan anugerah ini untuk mengingat dirinya,” kata Blatter pada saat itu.

Sejak saat itu, hadirlah dokumen yang menyatakan persetujuan untuk memberikan hadiah kepada gol terbaik (atau “terindah” menurut dokumen rasmi) yang kemudian kita kenal sebagai Puskás Award. Sejak 2009, anugerah ini dibentangkan bersamaan dengan Ballon d`Or, penghargaan untuk gelaran pemain terbaik dunia yang diadakan setiap tahun.

Trofi yang berbentuk gawang dengan bola sepak di jala itu dipamerkan buat pertama kalinya oleh isteri Ferenc Puskás, Erzsà © bet, di Congress Centre di Zurich, Switzerland.

Satu perkara penting yang kita lihat dari penghargaan iniadalah sudut pandang estetika serta nilai dari gol tersebut.

Namun, satu hal yang pasti nama Puskás akan terus dikenang kerana warisan terbaiknya di bolasepak, iaitu gol. –Tv14

 

1 2 3 5



Scroll Up