• Carian
  • Media Sosial
  • Hari Pengundian
  • Wan Azizah Mahu Tubuh Suruhanjaya Siasat Mahathir Jika Pembangkang Menang PRU-14?

    Posted by jane | 16 April 2018 | 2784

    #jomBN #BersamaBN #HebatkanNegaraku #DahulukanRakyat #PRU14 #GE14 #ManifestoBN #BR1M #PakatanPalsu #HarapanBohong #HarapanFitnah #HarapanPalsu #KalahkanPencuri #DedakHarapan

     

    Suruhanjaya boleh ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri.

     

    Presiden PKR dan pemimpin pakatan pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata beliau tidak menolak apa-apa kemungkinan, tetapi ia bergantung kepada Pembangkang yang membentuk kerajaan persekutuan.

     

    “Ia hanya dapat dilakukan sekiranya PKR mampu mengalahkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

     

    “Bagilah kita menang pilihan raya terlebih dahulu. Kami akan menyiasat segala-galanya seperti 1MDB (1Malaysia Development Berhad).

     

    “Kita akan melakukan apa yang diperlukan oleh negara dan Dr Mahathir sendiri telah memberikan pandangannya mengenai penubuhan siasatan bebas,” katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.

     

    Kenyataannya muncul selepas kritikan yang ditimbulkan terhadap Dr Mahathir oleh kumpulan reformasi ‘Otai Reformasi’ yang telah menuntut pakatan pembangkang – sebagai sebahagian daripada manifesto pilihan raya – untuk membentuk sebuah suruhanjaya keamanan dan keadilan yang akan melihat tuduhan terhadap bekas Perdana Menteri.

     

    Mereka juga enggan menerima kepimpinan Dr Mahathir dalam kerajaan, sama ada sebagai menteri atau penasihat kerajaan sekiranya pakatan pembangkang memenangi PRU14.

     

    Penolakan mereka terhadap Dr Mahathir juga telah menyebabkan peletakan jawatan pengerusinya, Saari Sungib, yang juga timbalan ketua Amanah Selangor.

     

    Pada masa yang sama, Dr Wan Azizah mengakui bahawa penyokong dan akar umbi PKR masih berbelahbahagi atas penyertaan bekas musuh mereka dalam pakatan pembangkang.

     

    Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijatuhi hukuman enam tahun penjara kerana rasuah pada 14 April 1999, dan sembilan tahun untuk jenayah liwat pada 8 Ogos 2000 semasa pemerintahan Mahathir.

     

    “Walau bagaimanapun, empat parti dalam gabungan parti pembangkang (DAP, PKR, Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia) bersetuju dengan Dr Mahathir sebagai pengerusi.

     

    “Mereka boleh bersetuju atau tidak, namun kita mesti terus bergerak ke hadapan,” katanya. -TV14

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up