• Carian
  • Media Sosial
  • Hari Pengundian
  • Penonton Hanya Tengok Dan Rakam Pelari Komanwel Pengsan

    Posted by jane | 16 April 2018 | 59

     

    PELARI maraton British, Callum Hawkins terlepas pingat emas selepas pengsan dengan jarak satu kilometer daripada garisan penamat.

    Hawkins,25, berada dua minit di hadapan pelari tuan rumah Australia untuk merangkul pingat emas Sukan Komanwel, namun malangnya ia tidak kesampaian.

    Dengan kepanasan suhu mencecah 30 darjah celcius, Hawkins kelihatan terhuyung-hayang melanggar pagar penghadang sebelum terjatuh.

    Beberapa minit selepas itu dia cuba bangun untuk meneruskan larian namun gagal.

     

     

    Dengan perasaan sedih, Hawkins hanya mampu melihat pelari Australia, Michael Shelly melepasinya untuk meraih pingat emas.

    Insiden itu turut mendapat perhatian beberapa penonton yang mempersoalkan pasukan bantuan yang lambat tiba.

    Malah salah seorang netizen di Twitter mendakwa, penonton yang berada berdekaran di tempat kejadian lebih pantas merakam video Hawkins terjatuh daripada memberi bantuan.

    “Orang awam dan pelancong Australia hanya merakam Callum Hawkins daripada melompat pagar memberi bantuan. Amat memalukan.”

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up