• Carian
  • Media Sosial
  • Hari Pengundian
  • Pemberian BT1M Bukan Dedak Tetapi Hasil Kerja Transformasi Pengangkutan Awam Yang Berterusan

    Posted by supertramp | 16 April 2018 | 11:54 am | 846

     

    Baru baru ini kecoh kononnya apabila Datuk Seri Najib mengumumkan pemberian khas Bantuan Teksi 1 Malaysia (BT1m) kepada 67,000 penerima dari kalangan pemandu teksi seluruh negara ia di panggil sebagai “dedak” pilihanraya oleh pihak tertentu, terutamanya pro-pembangkang.

    Mereka mendakwa ia adalah gula-gula pilihanraya untuk memancing undi.

    Ini jelas sekali andaian yang sangat dangkal serta defisit maklumat.

    Kerja memberi apa-apa bantuan atau peruntukan berkenaan yang berkaitan pengangkutan sebenarnya lahir dari Transformasi Pengangkutan Awam yang termaktub di dalam Transformasi Nasional 2050 (TN50).

    Terhasil dari ini dan berdasarkan impian mahu ramai rakyat rasa selesa dengan pengangkutan awam dan menggunakan pengangkutan awam sebagai ‘mode‘ perjalanan maka satu dasar strategik dan menyeluruh dilakarkan.

    Ini menunjukkan betapa seriusnya fokus yang diberikan kepada landskap pengangkutan awam oleh Perdana Meneteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

     

     

    Turut menjadi bukti kepada hasrat ini adalah penubuhan badan penyelia dan penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) oleh Perdana Menteri pada Jun 2010 setahun lebih selepas memegang tampuk pemerintahan.

    Begitulah seriusnya Perdana Menteri dengan hal dan urusan mobiliti rakyat.

    Maka apabila Perdana Menteri mengumumkan bantuan Teksi 1 Malaysia ia mungkin asing dan pelik kepada mereka yang kurang maklumat sahaja.

    Jauh sebelum pilihanraya pun PM telah mengumumkan pelbagai insentif kepada pemandu teksi tradisional.

    Melalui SPAD macam-macam telah diperuntukan dan diberikan oleh kerajaan jauh sebelum pilihanraya lagi kepada mereka yang terbabit dalam industri teksi.

    Seseorang hanya perlu menekan keyword – Teks1m, tayar, gran penyelarasan teksi e-hailing dan berkaitan dengannya di Google ataupun pergi ke laman sesawang SPAD  untuk melihat bahawa sudah lama dan berterusan penjagaan kerajaan terhadap pemandu teksi.

    Malah dalam proses ini adalah pembebasan pemandu teksi dari sistem pajak yang menjerut leher mereka, di mana kini sudah hampir 1,500 pemandu teksi dibebaskan secara beransur dan berperingkat-peringkat.

    Mana ada dalam dunia kerajaan ambil berat kepada pemandu teksi seperti negara Malaysia.

    Jika di negara lain, jika seseorang sudah pilih untuk mencari nafkah melalui memandu teksi, maka lantaklah mereka dengan kerjaya itu dan penguatkuasa serta kerajaan hanya menjaga dari sudut perundangan dan kawal selia sahaja, bukan kebajikan luar biasa seperti yang diberikan oleh kerajaan Malaysia tambah lagi di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Maka andaian BT1M adalah dedak PRU14 hanya bagi mereka yang kurang pengetahuan berkenaan Datuk Seri Najib dan penglibatannya dalam sistem pengangkutan awam.

    Mengandaikan sesuatu pemberian itu “dedak” hanya sesuai bagi pembangkang, kerana mereka tiada sejarah “memberi” dan “pemurah” seperti Datuk Seri Najib.

    Pembangkang hanya banyak sejarah mengambil dari rakyat sahaja, merampas tanah, meroboh gerai, meroboh rumah waima dalam masjid, kenakan cukai tanah yang tinggi, cukai plastik dan enggan mansuh tol negeri.

    Maka syabas diucapkan kepada Perdana Menteri kerana terus prihatin kepada pemandu teksi. -TV14

    Orang ramai boleh baca di sini juga:

    http://www.spad.gov.my/e-newsletter/quarter-3/spad-memperkenalkan-pembaharuan-yang-menyeluruh-serta-mampan-melalui-program

    #JomBN

    #HebatkanNegaraku

    #UndiBN

    #SinsofMahathir

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up