• Carian
  • Media Sosial
  • Hari Pengundian
  • Ngeri! Restoran Cabar Pelanggan Makan Burger Tarantula

    Posted by jane | 16 April 2018 | 3

     

    DURHAM: Tidak pernah dilakukan oleh pengusaha restoran, menghidangkan haiwan yang digeruni manusia sebagai burger, namun ia ternyata berlaku di North Carolina, Amerika Syarikat.

    Restoran yang terletak di Durham, North Carolina itu menawarkan burger yang mampu membuatkan mereka yang mengalami araknofobia (ketakutan terhadap labah-labah) untuk menjerit.

    Restoran Bull City Burger and Brewery menyediakan ‘burger tarantula’ kepada para pelanggannya.

     

     

    Hidangan itu ditawarkan sempena Bulan Daging Eksotik, tapi satu-satunya cara untuk menikmati burger itu adalah dengan memenangi Cabaran Tarantula.

    Kos menghasilkan burger eksotik itu adalah AS$30 (RM116) dan mengandungi daging lembu, keju, tarantula panggang dan sos cili pedas.

    Mereka yang mampu habiskan keseluruhan burger akan diberikan sepasang t-shirt percuma. – ABC News

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up