• Carian
  • Media Sosial
  • Hari Pengundian
  • Laporan Polis Terhadap Husam Di Bawah Akta Antiberita Tidak Benar

    Posted by jane | 16 April 2018 | 101

    #jomBN #BersamaBN #HebatkanNegaraku #DahulukanRakyat #PRU14 #GE14 #ManifestoBN #BR1M #PakatanPalsu #HarapanBohong #HarapanFitnah #HarapanPalsu #KalahkanPencuri #DedakHarapan

     

    KOTA BHARU: Jabatan Perhutanan membuat laporan polis hari ini terhadap Pengerusi pakatan pembangkang Kelantan, Datuk Husam Musa berhubung dakwaan yang mesyuarat Jawatankuasa Kecil Perhutanan hari ini meluluskan projek pembalakan baharu.

    Pengarahnya, Datuk Zahari Ibrahim, menegaskan tiada sebarang kelulusan baharu kawasan pembalakan menerusi mesyuarat yang berlangsung pagi ini sekali gus menolak dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor yang tidak benar sama sekali.

    “Kita membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kelantan (IPK) berhubung dakwaan Husam itu di bawah Akta Antiberita Tidak Benar 2018.

    “Laporan polis dibuat kerana kita memandang serius berhubung dakwaan palsu ini kerana apa yang dinyatakan sebelum ini tidak benar. Mesyuarat yang berlangsung hanya membincangkan perkara biasa, bukannya meluluskan projek pembalakan baharu,” katanya.

    Beliau berkata demikian menerusi kenyataan media, di sini, hari ini selepas selesai mesyuarat Jawatankuasa Kecil Perhutanan di Kompleks Kota Darul Naim.

    Terdahulu, Husam hadir di Kompleks Kota Darul Naim bagi menghantar notis bantahan kepada Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berhubung mesyuarat yang berlangsung pagi tadi.

    Husam mendakwa, mesyuarat itu dijangka meluluskan beberapa projek pembalakan baharu, sedangkan ia tidak boleh dilakukan selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dibuat.

    “Dalam keadaan kerajaan sementara, kerajaan negeri tidak boleh meluluskan sesuatu perkara penting termasuk projek pembalakan baharu.

    “Tindakan memanggil satu mesyuarat untuk meluluskan permohonan membabitkan hutan simpan dengan keluasan yang besar pada mesyuarat itu adalah tidak wajar dan melanggar perlembagaan.

    “Kita juga akan mendapatkan perintah mahkamah sekiranya benar terdapat kelulusan baharu membabitkan projek pembalakan,” katanya.

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up