• Carian
  • Media Sosial
  • Hari Pengundian
  • “Kalau Tak Marah Comel, Kalau Time Dia Jadi Raksasa…” – Sharnaaz Ahmad

    Posted by jane | 16 April 2018 | 15

     

    Gelagat pelakon Sharnaaz Ahmad mengusik isterinya, Noor Nabila mencuit hati peminat.

    Sharnaaz berkongsi beberapa foto gelagat comel Nabila yang sedang tersenyum malu apabila wajahnya dirakamkan oleh suaminya itu.

    Foto itu juga disertakan dengan kapsyen lucu yang ditulis oleh Sharnaaz.

    “Jangan terpedaya dengan gambar ini, ini bukan candid tapi dia posing “ala ala tak perasan orang ambik gambar” tak percaya tengok gambaq no 3…. Apa pun comel ja aku tengok.. time tak marah comel lah, kalau time dia jadi raksasa, otromen pun jadi cipmang,” tulisnya.

     

     

    Gelagat comel pasangan ini mendapat respon positif daripada peminat yang suka melihat kebahagiaan rumah tangga mereka.

    Rata-ratanya memuji Sharnaaz dan juga kakak kepada pelakon Neelofa ini selain mendoakan keutuhan rumah tangga mereka.

    Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac tahun lalu di Hotel Royale Chulan Damansara.

    Pasangan ini juga bakal menimang cahaya mata pertama mereka tidak lama lagi selepas Nabila mendedahkan berita kehamilannya pada 15 Februari lalu.

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up