• Carian
  • Media Sosial
  • Hari Pengundian
  • Generasi Kedua FELDA Jengka 2 Dapat Lot Rumah

    Posted by jane | 16 April 2018 | 39

    #jomBN #BersamaBN #HebatkanNegaraku #DahulukanRakyat #PRU14 #GE14 #ManifestoBN

     

    MARAN: Seramai 40 peneroka FELDA Jengka 2 menjadi kumpulan pertama generasi kedua di negeri ini menerima lot tapak rumah untuk membina kediaman sendiri.

    Surat tawaran berkenaan disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Seri Shahaniza Samsuddin yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul.

    Shahaniza berkata, pemberian lot tapak rumah berkenaan adalah inisiatif Kerajaan Pahang dengan FELDA dan 40 peneroka berkenaan adalah kumpulan pertama mendapat manfaat menerusi langkah itu.

    Katanya, Kerajaan Pahang mengadakan perbincangan yang panjang dengan FELDA untuk melaksanakan inisiatif berkenaan

    kerana ia membabitkan pelbagai prosedur dan sukar dilaksanakan berikutan tanah dimiliki FELDA mempunyai sekatan di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok)1960 (Akta GSA).

    “Namun selepas perbincangan dilakukan lebih lima tahun akhirnya kedua-dua pihak bersetuju memberikan lot tanah kosong kepada generasi kedua FELDA untuk mereka membina rumah,” katanya berucap menyampaikan surat tawaran lot tapak rumah itu di sini, hari ini.

    Mengulas lanjut, Shahaniza berkata, Kerajaan Pahang akan meneliti kaedah pemberian lot tanah yang sesuai dilaksanakan bagi memberi peluang kepada generasi kedua FELDA mendapat tapak lot dan membina kediaman sendiri.

    “Sekiranya kaedah ini sesuai dan disukai generasi kedua maka lebih banyak lot tanah akan diagihkan supaya isu ketiadaan rumah kediaman dalam kalangan golongan berkenaan dapat diselesaikan,” katanya.

    Beliau turut menasihatkan mereka yang mendapat lot tapak rumah itu supaya tidak menjualnya kepada orang lain semata-mata untuk mendapat keuntungan segera tanpa memikirkan masa depan.

    “Mereka seharusnya merancang untuk membina rumah supaya dapat menikmati kehidupan lebih selesa apabila memiliki kediaman sendiri.

    “Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus membantu golongan belia untuk meningkatkan taraf hidup termasuk dalam aspek perumahan,” katanya.

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up