Pelumba veteran Sepanyol itu terpaksa menjalani pembedahan semalam selepas mengalami kecederaan akibat kemalangan sewaktu menyertai Grand Prix Argentina pada Ahad lepas.

Pasukannya dalam satu kenyataan berkata, Pedrosa mengalami patah tulang di bahagian pergelangan tangan kanan hingga menyebabkan satu pembedahan terpaksa dilakukan bagi memasukkan skru titanium.

“Jika keputusan positif dia mungkin akan menjalani proses pemulihan pada Sabtu ini”

“Penyertaannya dalam Grand Prix di Amerika Syarikat akan diputuskan berdasarkan keadaannya” kata kenyataan daripada Repsol Honda, hari ini – AP