• Carian
  • Media Sosial
  • Hari Pengundian
  • Mahathir Terpaksa Bawa Penyokong Untuk Ramaikan Program Ceramahnya?

    Posted by editor | 15 April 2018 | 1:17 pm | 2536

    Gambar yang tersebar di media sosial

     

     

    KREDIBILITI Tun Dr Mahathir Mohamad merudum jatuh dengan ketara dalam kalangan akar umbi selepas dia menjalinkan kerjasama dengan penguasa DAP, Lim Kit Siang.

     

    Sokongan dan populariti Dr Mahathir hanya dapat dilihat dengan sedikit kuat di media sosial, atas faktor majoriti pengguna laman berkenaan merupakan mereka yang masih muda.

     

    Menurut sumber-sumber terdekat yang boleh dipercayai memberitahu portal Tv14, apabila Dr Mahathir turun menjelajah ke seluruh negara atas nama Pengerusi Pakatan Harapan (PH), turut bersama-sama dia ada sekumpulan penyokongnya yang di bawa bersama.

     

    Dapat dikesan terutama apabila Dr Mahathir turun ke Langkawi dan Kubang Pasu pada 14 dan 15 April 2018 ini apabila kelibat individu-individu dalam bentuk kumpulan yang sama berada di majlis parti PH dan di hotel penginapan.

     

    Ada yang membuat tafsiran bahawa Dr Mahathir atau PH telah ‘mengupah’ para penyokong mereka untuk mengikut program-program disertai Dr Mahathir bagi tujuan meramaikan hadirin yang hadir.

     

    Apatah lagi jika program tersebut diadakan di kawasan majoriti kaum Melayu dan Cina. Difahamkan, akan turut datang sekumpulan muka-muka tidak dikenali dari dalam kampung berkenaan.

     

    Sumber yang enggan memberitahu identitinya itu turut menyebut, lebih ketara lagi sekumpulan ‘peramai program’ itu dikesan oleh dirinya sendiri di Langkawi baru-baru ini. – TV14

     

    #BersamaBN #HebatkanNegaraku #DahulukanRakyat #PRU14 #GE14 #JomBN #HarapanBohong #HarapanFitnah #HarapanPalsu #TolakPakatanDAP #MalaysiaMemilih #JomBN #HarapanDedak #PakatanDAP #UndiBN #TolakPH

     

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up