• Carian
  • Media Sosial
  • Hari Pengundian
  • The Loaf : Usia Hampir 100 Tahun, Tapi Masih Menipu

    Posted by nadilang | 15 April 2018 | 9:15 am | 4101

    #JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP

     

     

    Tun Dr Mahathir Mohamad bukanlah insan yang amat hebat dalam mengurus hal ehwal ekonomi. Dia adalah doktor perubatan dan tiada asas ilmu dalam bidang ekonomi.

    Namun selama 22 tahun memerintah negara, nasib Mahathir amat baik. Mahathir telah diselamatkan oleh kantung negara. Sebab itu perbuatan ‘bailout’ amat sinonim dan popular pada zamannya.

    Penutupan rangkaian kedai roti The Loaf ternyata memberi kesan yang sangat besar buat Mahathir. Apatah lagi isu ini timbul menjelang Pilihan Raya Umum ke-14.

    Orang ramai khususnya di media sosial tak henti-henti bertanya jika berniaga kedai roti pun boleh tutup, apa yang boleh beliau buat untuk negara lagi pada usia menghampiri 100 tahun?

    Sepanjang menjadi Perdana Menteri, Mahathir asyik menggunakan wang kekayaan negara untuk ‘memperbaiki’ kerugian demi kerugian syarikat besar. Maka tidak mustahil The Loaf akan diselamatkan oleh mana-mana GLC sekiranya dia sedang berkuasa waktu ini.

    Selama 22 tahun Mahathir mengurus negara, kita menyaksikan kerugian Bank Bumiputera, Perwaja, Maminco, MAS, Proton, Bakun (terpaksa diselamatkan), E-Village, Sukan Komanwel, Bank Negara (rugi RM 30 bilion) dan banyak lagi.

    Juga yang kita mungkin sudah lupa, kadar faedah PTPTN dicaj sebanyak 4% berbanding sekarang cuma 1% di bawah kuasa Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Tenaga Nasional Berhad (TNB) diperdaya perjanjian berat sebelah dengan IPP – bermula dengan peristiwa ‘blackout 48 hours’ seluruh negara. Kerajaan diminta menjamin keuntungan pemegang konsesi tol dan kenaikan tol tiga tahun sekali sebanyak 10% setiap kenaikan.

    Namun semua itu sudah tidak dirasai oleh rakyat kerana Najib lebih cerdik dan cepat ‘mencantas’ semuanya.

    Dengan kata lain, dari perniagaan besar sehingga kecil, ia akan mendatang masalah apabila diberi kepada Mahathir. Apakah kita akan bagi lagi peluang kepada dirinya menjadi Perdana Menteri?

    Dikala isu rangkaian kedai roti The Loaf ditutup seluruh negara, Mahathir tampil menjelma diri dalam keadaan melucukan. Mahathir nafi memiliki sebarang pegangan dan pemilikan dalam rangkaian kedai roti The Loaf tersebut.

    Padahal kira-kira 10 tahun lepas, Mahathir antara manusia yang paling bangga dan riak apabila The Loaf ditubuhkan. Dia bukan sahaja mengaku bahawa itu adalah kedai roti miliknya, namun dia turut mempersila para rakyat untuk pergi membeli roti di kedainya.

    Bukti bahawa Mahathir berbohong ;

    Cukuplah hidup dalam penipuan. Apa lagi yang Mahathir akan tipu selepas ini?

    Sekiranya tentang isu kedai roti pun Mahathir sanggup tipu, apatah lagi ia berkaitan isu negara dan skandal?

    Dimanakah lagi ruang kepercayaan kita terhadap lelaki yang menghampiri usia 100 tahun ini? Apakah dia tidak gentarkan kematian? – TV14

     

     

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up