• Carian
  • Media Sosial
  • Hari Pengundian
  • Gereja Akan Tolong Pakatan DAP Untuk Runtuhkan Kuasa BN Di PRU14?

    Posted by editor | 14 April 2018 | 11:44 am | 3724

    #BersamaBN #HebatkanNegaraku #DahulukanRakyat #PRU14 #GE14 #JomBN #HarapanBohong #HarapanFitnah #HarapanPalsu #PakatanDAP #BR1M #ManifestoBN #TolakPakatanDAP

     

     

    JIKA semasa PRU13 lalu telah tular sebuah video yang menunjukkan ada kuasa asing (dipercayai Israel) menunjukkan sokongan terhadap gabungan pembangkang menang pilihan raya, tahun ini ia berlaku lagi.

    Kali ini melalui satu hebahan rasmi yang datang daripada Rt. Rev. Bernard Paul, Bishop of Melaka Johor Diocese, dengan bahasa yang terlalu mudah difahami, iaitu supaya Barisan Nasional ditumbangkan dan digantikan dengan Pakatan Harapan dalam PRU 14? Benarkah?

    Walaupun tidak mendapat sebarang respon dari Pakatan Harapan, namun desas desus cakap-cakap di media sosial mula memperkatakan tentang nota bertarikh 11 April 2018 itu.

    Netizen menafsirkan pihak tertentu cuba untuk menolong kemenangan Pakatan Harapan supaya dapat mengambil alih kuasa daripada Barisan Nasional dari Negara Islam ini.

    Adakah ini juga selari dengan bukti yang kita terima iaitu kekurangan manifesto berkaitan Agama Islam dari Pakatan Harapan? Sebaliknya terdapat sekurang-kurangnya 14 agenda untuk itu dijanjikan oleh Manifesto Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak?

    Penganalisis politik Dr Kamarul Zaman Yusoff juga memandang serius akan nota hebahan rasmi ini sebagai suatu perkara yang cukup serius dan tidak mustahil akan bertambah menjelang 9 Mei 2018 nanti.

    “Dijangkakan akan lebih banyak lagi hebahan begini, sama ada yang berbentuk rasmi mahupun tidak rasmi, yang akan beredar menjelang hari pengundian PRU 14 meminta supaya penganut Kristian keluar beramai-ramai bagi menumbangkan Barisan Nasional dan memenangkan Pakatan Harapan,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

    Ini buktinya : https://kkdiocese.net/soccom2013/wp-content/uploads/2018/04/BBP-Circular-No.-BP-2018-015-The-GE14-is-Here-20180411.pdf

    Siapa sebenarnya penyokong setia disebalik gerakan Pakatan Harapan? Apa lagi yang harus rakyat tahu untuk meyakinkan hati dan minda bahawa ada ‘sesuatu yang tidak kena’ dalam perjuangan Pakatan Harapan dikuasai DAP ini?

    Jangan mengambil langkah salah ketika memangkah dalam PRU14 kali ini. Sudah tiba masanya untuk kita ketepikan segala isu-isu remeh seperti GST, BR1M, 1MDB, dana RM2.6 bilion dan sebagainya, kerana mereka (Pakatan Harapan) semahunya menyembunyikan wajah sebenar mereka. Percayalah! – TV14

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up