• Carian
  • Media Sosial
  • Hari Pengundian
  • ‘Better Kuantan’ : Majlis Penamaan Calon PKR PRU14 Disajikan Arak?

    Posted by editor | 14 April 2018 | 5:36 pm | 4679

    #BersamaBN #HebatkanNegaraku #DahulukanRakyat #PRU14 #GE14 #JomBN #HarapanBohong #HarapanFitnah #HarapanPalsu #TolakPakatanDAP #MalaysiaMemilih #JomBN #HarapanDedak #PakatanDAP #UndiBN #TolakPH

     

     

    TULAR di media sosial mengenai penyajian minuman keras dipercayai ketika majlis penamaan calon gabungan PKR bagi Negeri Pahang. Menurut pemerhatian di media sosial khususnya laman Facebook, rata-rata yang kongsikan dua keping gambar berkenaan memberitahu majlis tersebut berlaku di Restoran Golden Empire Palace, Tanjung Lumpur.

    Bersama-sama dua keping gambar berkenaan disertakan juga teks penerangan untuk membuktikan perkara tersebut.

    Menurut teks itu, majlis yang menyajikan minuman keras berjenama itu turut dihadiri oleh pemimpin beragama Islam dari PKR iaitu Rafizi Ramli beserta 7 orang bakal calon PKR yang mempunyai sama agama dengan Rafizi.

     

     

    PENAMAAN CALON GABUNGAN PKR DISAJIKAN ARAK…Tetamu yang hadir pada majlis pengumuman calon gabungan pembangkang PKR bagi Parlimen Kuantan,Indera Mahkota dan Paya Besar turut disajikan dengan minuman keras sepanjang majlis tersebut di Restoran Golden Empire Palace,Tanjung Lumpur disini malam ini.

    Pada majlis yang turut dihadiri oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli itu seramai 11 calon dipekenalkan termasuk 7 orang calon yang beragama Islam.Penganjur seakan tidak menghormati 7 orang calon beragama Islam dan sebahagian penyokong mereka yang terdiri daripada orang Islam yang hadir dimana kelihatan setiap meja disajikan dengan minuman keras.

    Gambar:MAHATHIR ALI

    Pemberita: SHOFI MAT ISA

     

    Setakat artikel ini ditulis, pihak kami tidak mendapat sebarang laporan lanjut mengenai kesahihan perkara ini. Ia hanya mula tersebar di media sosial khususnya laman Facebook dan juga dipercayai di laman WhatsApp.

    Sekiranya berita ini tidak palsu, adalah tidak sesuai ia terjadi sebegitu rupa. Mungkin rakyat boleh fikir dengan sehabis baik mengenai agenda sebenar dan siapa yang sebenarnya berkuasa di sebalik logo serta nama Pakatan Harapan.

    Dimanakah rasa hormat ‘Geng Biru Muda’ ini terhadap Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan sehingga berani berperilaku sedemikian rupa di sebuah majlis yang menghimpunkan lebih dari satu agama anutan?

    Rasa marah dan jelek rakyat terhadap keadaan ini mungkin boleh diubati atau dibalas. Caranya mudah sahaja. Pada 9 Mei nanti turunlah beramai-ramai ke pusat membuang undi dan pangkahlah calon selain daripada ‘Geng Biru Muda’ ini. Dengan kata mudahnya, pangkah calon-calon #HebatkanNegaraku. Hukum mereka dengan kuasa undi, bukan dengan emosi. Lakukanlah tanpa was-was! Kita pilih biru! – TV14

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up