• Carian
  • Media Sosial
  • Hari Pengundian
  • #PRU14 : Viral Video BN Bayar Pekerja Asing Untuk Mengundi?

    Posted by editor | 13 April 2018 | 1486

    #BersamaBN #HebatkanNegaraku #DahulukanRakyat #PRU14 #GE14 #JomBN #HarapanPalsu #FakeNews #Bangladesh #Tipu #PakatanHarapan #DAPRasis

     

    SEMALAM Portal TV14 sudah mendedahkan bagaimana pihak pembangkang melakukan cerita tidak benar menjelang PRU14 ini. Difahamkan cerita tidak benar yang tersebar lebih awal itu telah dipadam di media sosial.

    Ternyata tindakan pemimpin Barisan Nasional Petaling Jaya Selatan Datuk Abdul Mutalif Abdul Rahim telah difitnah kononnya beliau telah memberi ‘upah’ kepada pekerja asing bagi mengundi Barisan Nasional pada PRU14 nanti.

    BACA : MENYALAH ERTI NIAT BAIK TALIF RAHIM BANTU MANGSA KEBAKARAN

    Nama sebenar ‘pekerja asing’ tersebut sebenarnya Azmi Abdul Malik, seorang yang berbangsa Melayu dan beragama Islam. Dia adalah mangsa kebakaran yang dibantu oleh Mutalif kerana bengkelnya telah terbakar pada Isnin yang lalu.

    BACA : PENGUSAHA BENGKEL SAH WARGANEGARA MALAYSIA

    Azmi memiliki tiga orang anak yang mana dua daripadanya mengidap penyakit kronik, disamping isterinya pula tidak bekerja.

    Persoalannya, adakah salah Azmi dibantu? Andai kata DAP berasa ‘jeles’ dengan tindakan Barisan Nasional ini, tidak perlulah sehingga menghina serta mencaci mangsa itu sehingga mengatakan bahawa dia adalah pendatang asing.

    Mengapa pihak tidak bertanggungjawab ini melabel Azmi sebagai pendatang? Adakah Pembangkang masih tidak serik mahu menipu dan memanipulasi cerita karut?

    Tidak gentarkah mereka dengan Akta Anti Berita Tidak Benar yang baru sahaja digazetkan?

    Dahulu tuduh bahawa orang India dan Melayu sebagai warga Bangla (semasa PRU13) apabila mereka membuat cerita karut kononnya seramai 40,000 Bangla masuk ke Malaysia untuk mengundi BN.

    Sekarang mereka mahu ulang skrip yang sama? Sekarang Melayu jadi mangsa juga.

    Inikah nasib Melayu bawah DAP? DAP dan penyokong racist, cepat hina kaum lain. Asal muka lain sikit, terus dilabel tanpa usul periksa cerita sebenar.

    Mana wakil rakyat DAP? Mangsa yang ternyata ditimpa bencana mereka tak nak bantu sebab bukan kaum mereka, sebaliknya mereka tuduh sebagai pendatang asing bila BN bantu. – TV14

    Pakatan Harapan

    Tipu

    Fitnah

    Fake News

    Bangladesh

    DAP Rasis

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up