• Carian
  • Media Sosial
  • Hari Pengundian
  • Pendedahan Adik Prebet Adam : Mahathir Jangan Buat Pekak Pula

    Posted by supertramp | 13 April 2018 | 11:33 am | 564

     

    Semalam seluruh warga internet ataupun netizen berbual berkenaan pendedahan adik kepada Prebet Adam yang menjadi mangsa pihak berkuasa yang menyuruh dia membuat konfesi berbohong berkenaan pelakuan membuat tembakan rawak menggunakan senjata M16.

    Insiden yang berlaku pada tahun 1987 kemudian di manipulasikan sebagai kononnya telah berlaku kezaliman kepada adik lelaki Adam yang telah mati konon di ketuk kepala dengan kayu golf oleh seorang Sultan.

    Rentetan itu, ia dijadikan alat untuk menarik kekebalan Raja Raja Melayu dan Sultan oleh kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad pada ketika itu.

    Dengan pendedahan oleh adik kepada Prebet Adam ini, maka kini seluruh negara mendapat tahu bahawa ia satu pembohongan oleh media dan pihak kerajaan.

    Tambah buruk lagi, apabila Tengku Mahkota Johor menulis berkenaan betapa Almarhum datoknya di fitnah dengan isu itu sekian lama.

    Kini akibat kenyataan TMJ dan pendedahan adik Prebet Adam, maka isu ini menjadi begitu tular dan banyak pihak mahu kebenaran di cari dengan di adakan siasatan semula.

    Ia juga mencacatkan nama baik Polis kerana kononnya kerja “interrogation” secara paksa telah di lakukan oleh Polis terhadap Adam.

    Ia juga membenarkan andaian ramai sekian lama, itulah contoh dan rupa bentuk kerajaan di zaman Mahathir yang penuh cerita gelap.

    Semalam juga ada individu yang berani menyatakan bahawa ayahnya pernah memegang duit dalam akaun peribadi untuk Mahathir.

    Dakwaan ini di buat setelah akta “Fake News” dilaksanakan, bererti “individu” ini berani dan ada menyimpan maklumat jika di dakwa.

    Namun ia akan kami ceritakan pada topik lain setelah menghubungi individu ini nanti.

    Dakwaan inidividu ini sebenarnya sejajar dengan apa yang kami tahu sedikit berkenaan cara Mahathir di zamannya dahulu.

    Atas sebab itu juga Portal TV14 memilih untuk menyokong Datuk Seri Najib Razak kerana tahu dia di fitnah dalam isu derma dan 1MDB.

    Mahathir melakukannya kerana agenda peribadi. Ia benar agenda peribadi, sebutan rakyat dan mahu menyelamatkan negara serta umpan isu 1MDB semua auta dan temberang Tun belaka.

    Kini telah menjadi viral kisah Prebet Adam mangsa kepada keadaan dan di peralatkan untuk kepentingan politik seseorang melawan Instituti Raja.

    Apakah Mahathir akan menikus? Atau menjawab itu salah Polis?

    Mahathir tulis panjang lebar apabila mahu mengenakan Najib pada entri blognya, semua hal dapat di ingat dan dapat tahu, malah benda belum terjadi pun Mahathir sudah tahu.

    Tapi ini kes zamannya, insiden yang besar, takkanlah Mahathir buat pekak badak.

    Silalah Tun M bertanggungjawab dan respon yang tiada sindiran dan tiada sebut nama Najib.

    Jadilah anak jantan waima sudah tua. Jawab dengan lurus. – TV14

    Bacaan berkaitan :-

    Kisah Prebet Adam Zaman Mahathir Tular Dengan Permohonan Maaf Adik Adam

     

     

    #JomBN

    #BR1M

    #HebatkanNegaraKu

    #BersamaBN

    #PRU14

    #GE14

    #ManifestoBN

     

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up