• Carian
  • Media Sosial
  • Hari Pengundian
  • Mat Sabu Disahkan Bakal Bertanding Kerusi Parlimen Di Selangor

    Posted by editor | 13 April 2018 | 117

     

     

    Parti Amanah Negara Negeri Selangor pada 12 April 2018 telah mengesahkan presiden mereka yakni Haji Mohamad Sabu akan bertanding di salah satu kerusi Parlimen sekitar Selangor pada pilihan raya umum ke-14. Ini menafikan desas desus terdahulu mengatakan bahawa dia akan berbuat demikian di Pulau Pinang seperti yang dispekulasikan sesetengah pihak.

     

    Pengerusi PAN negeri, Izham Hashim berkata, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu akan bertanding di salah satu daripada 5 kerusi Parlimen, sama ada Kota Raja, Shah Alam, Sepang, Kuala Selangor dan Hulu Langat.

     

    “Kita akan buat sidang media rasmi dalam sehari dua lagi untuk umum calon Parlimen dan DUN (Dewan Undangan Negeri)…sebab kita ada satu lagi kerusi yang belum kita muktamadkan, iaitu satu kerusi DUN.

     

    “Saya boleh sahkan presiden Amanah akan bertanding di Selangor, cuma tempat kita akan umum nanti. Kalau ikutkan, semua 5 kawasan kita akan lawan beliau layak,” katanya kepada sebuah portal berita.

     

    Sumber memberitahu portal itu bahawa Mat Sabu dijangka bertanding di kerusi Parlimen Kota Raja yang kini disandang Ketua Wanita PAN, Siti Mariah Mahmud.

     

    Siti Mariah ketika dihubungi sebuah portal pro pembangkang pada hari yang sama mengesahkan dia tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Kota Raja, sebaliknya akan bertanding di kerusi DUN pula untuk kali ini.

     

    DUN Paya Jaras jadi rebutan PAN, PKR?

     

    Sementara itu, Izham berkata, PAN tidak akan melepaskan kerusi DUN Paya Jaras kepada parti lain dalam Pakatan Harapan (PH).

     

    “(Rundingan pengagihan kerusi) DUN Paya Jaras belum selesai. Di Paya Jaras memang kita akan bertanding, kita susah nak lepas sebab kita ada calon yang sesuai di sana.

     

    “Kita tak akan lepas kerusi Paya Jaras kecuali kita ada tawaran lagi baik untuk serah kerusi itu, tapi setakat ini kita tak akan lepas,” katanya.

     

    PH sebelum ini memperuntukkan DUN Paya Jaras kepada PAN yang merupakan ‘ayam tambatan’ kepada DAP.

     

    Kerusi DUN Paya Jaras menjadi rebutan apabila penyandang kerusi itu, Mohd Khairuddin Othman meninggalkan PAS untuk menyertai PKR minggu lalu dan dia dikatakan akan kekal mempertahankan kerusi itu.

     

    Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali kemudiannya berkata, parti itu belum memutuskan sama ada Khairuddin akan kekal bertanding di Paya Jaras.

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up