• Carian
  • Media Sosial
  • Hari Pengundian
  • #KalahkanPencuri : “Mahathir Bapa Perompak Sebenar”

    Posted by editor | 13 April 2018 | 12:19 pm | 1458

     

    #BersamaBN #HebatkanNegaraku #DahulukanRakyat #PRU14 #GE14 #JomBN #ManifestoBN #BR1M

     

     

    TERPEGUN penulis Portal TV14 melihat cara kempen Pakatan Harapan melalui hashtag #KalahkanPencuri di media sosial. Mereka mahu mengajak rakyat supaya turun beramai-ramai mengundi PRU14 dan kalahkan individu yang digelar sebagai pencuri.

    Apabila membaca cara kempen dan hashtag tersebut, terngiang-ngiang di telinga ini tentang kenyataan dan pendedahan oleh Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Mohamad Sabu pada suatu ketika dahulu.

    Mohamad atau lebih glamor dipanggil Mat Sabu telah mengesahkan bahawa pencuri dan pelingkup negara sebenar adalah Dr Mahathir Mohamad yang kini merupakan Pengerusi Pakatan Harapan.

    Jika kita cari di laman Google atau Youtube, amat mudah sekali untuk temui kenyataan-kenyataan dan pendedahan-pendedahan Mat Sabu ini.

     

    Justeru, kempen pihak Pakatan Harapan untuk mengalahkan pencuri sebenarnya amat sesuai ditujukan kepada Pengerusi mereka sendiri. Ini bukanlah sebuah tuduhan atau ‘fake news‘ menjelang PRU14, namun ini adalah kenyataan yang disebut sendiri dari mulut Mat Sabu ketika berceramah menghasut rakyat.

    Kita berpandukan dari apa yang Mat Sabu nyatakan di dalam ceramah pendedahannya.

    Apakah secara tidak sedar Mat Sabu sekarang sedang ‘bermajikankan’ dengan ‘Bapa Pelingkup Negara’ atau ‘Kepala Perompak’ seperti dia sendiri yang sebut?

    Persoalan yang lebih besar, apakah Pakatan Harapan sekarang sedang cuba bermain ‘psywar‘ untuk mengalahkan gerakan Dr Mahathir di dalam gabungan pembangkang itu?

    Sebab itulah mereka menggerakkan #KalahkanPencuri yang mana agak sinonim dan menepati pendedahan oleh Mat Sabu sejak sekian lama? – TV14

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up