• Carian
  • Media Sosial
  • Hari Pengundian
  • Mahathir Perincikan Cara Hendak Menipu Di Blognya, Tapi Selindung Belakang Nama Najib?

    Posted by supertramp | 12 April 2018 | 11:54 am | 2333

     

    Sebagai seorang pakar penipuan, Tun Dr Mahathir Mohamad telah perincikan cara cara serta step step hendak menipu pada PRU14.

    Mahathir juga mengandaikan apa yang dia sendiri akan lakukan tetapi pre-empt ke atas nama Najib.

    Ia sama dengan Mahathir sembunyikan maksud perkataan “Cleptocracy” selama 22 tahun dia menjadi pemerintah dan menyebutnya sebaik sahaja orang lain jadi pemerintah.

    Mahathir yang mendapat gelaran Mahafiraun, Mahazalim ketika zaman ketiadaan facebook cuba mencampakkan gelaran itu kepada Najib.

    Namun masih gagal kerana rakyat masih ingat siapa dirinya yang sebenar, melainkan puak seperti Syed Saddiq dan sewaktu dengannya sahaja yang mudah terpengaruh dengan Mahathir.

    Di awal serangan Mahathir ketika permintaan peribadinya ditolak, Mahathir telah menggunakan isu Altantuya untuk mengenakan Najib sementara juak juaknya sedang draf isu perniagaan 1MDB untuk di jadikan isu.

    Itulah kisah Mahfuz Omar dengan “Helo helo Sirul”, macam mana Mahfuz Omar boleh dapat nombor telefon Sirul kita pun tidak tahu.

    Tambah lagi Sirul lari ke Australia dikatakan menggunakan pesawat peribadi “seseorang”, entah siapa yang ada pesawat peribadi kita pun tidak tahu.

    Itulah Mahathir.

    Apa yang dia pre-empt kepada orang lain, berhati hatilah, itulah yang mungkin dia sendiri akan laksanakan perguna pihak lain.

    Pada entri di blog Chedet di bawah tajuk “Cara Najib Tipu” (11.4.2018), Mahathir berjaya menulis cara cara hendak menipu pada PRU14, dan juga cara Najib halang Parti Bunga konon dari didaftarkan. Cuma kali ini dia menukar nama diri sendiri kepada nama Najib yang akan menipu.

    Begitulah hebatnya Mahathir, kematian 12 orang Islam Memali bukan salahnya, kehilangan wang FOREX RM30 billion bukan salahnya dan di jawab ”saya tidak tahu” sahaja, namun otak Tun berfungsi bila perlu mengenakan Najib.

    Mungkin Tun sudah sedar ramai pihak sudah tahu termasuk ahli parti PPBM sendiri bahawa kerja membatalkan parti adalah di restui oleh dirinya sendiri.

    Cuma seperti biasa menggunakan pihak lain untuk melakukannya.

    Kini terjawab semua apabila akhirnya demi mahu anak bertanding kerusi DAP, dia usahakan semua komponen PH menggunakan logo mata dajal iaitu bendera PKR.

    Jadi nanti apabila Mukhriz Mahathir bertanding kerusi DAP ia tidak begitu ketara sangat kerana logo yang digunakan adalah logo PKR.

    Sedang itulah rencana Mahathir dari awal Mukhriz kena tendang dari UMNO.

    Siapa sebenarnya yang suka menipu? Portal TV14 seawal tahun lalu lagi sudah menyebut Tun akan cari jalan menolak PPBM kerana mahu kerusi selamat DAP untuk Mukhriz.

    Kami juga yang awal memberitahu gembar gembur berkenaan Tun akan bertanding sana sini adalah decoy menyelamatkan nama anaknya Mukhriz dari di serang kerana Mukhriz lemah dalam politik.

    Erti kata lain Mahathir “takes the bullet” untuk Mukhriz.

    Pada topik kami yang lebih awal tahun lalu kami menceritakan bagaimana Mahathir boleh dapat akses nama Fatimah ada 100 dalam electoral roll?

    Adakah bekas Pengerusi SPR yang kini ahli Parti Bunga membantunya melalui kakitangan SPR?

    Jika ada 100 nama Fatimah dalam satu kawasan, adakah ia salah Najib?

    Siapa yang Key In nama pada komputer? Najib kah?

    Dengan Mahathir “dabble” dengan nama di elctoral roll pun kita boleh tahu apa dia sedang buat dengan nama nama pengundi.

    Sedang rancang sesuatukah Mahathir?

    Mahathir juga jelaskan cara cara Najib akan menipu seperti mana seorang pakar menipu sedang bercerita.

    ‘It takes a bigger thief to catch a theif’ hanya bapa pencuri sahaja dapat tangkap pencuri kata pepatah orang putih.

    Peliknya akibat terdesak, Mahathir tidak dapat bezakan”kerja” SPR dengan nama “Najib”.

    Tindakan SPR pun di katanya tindakan Najib.

    Tindakan RoS pun di katanya tindakan Najib.

    Begitu celarunya Mahathir.

    Kini negara dalam bahaya jika Mahathir sudah bermain dengan nama nama pengundi dengan cara menipu di PRU14.

    Bahaya kerana mengenali Mahathir dia akan pre-empt dan set minda rakyat dengan andaiannya terhadap Najib apa yang dia sendiri akan lakukan dan kemudian apabila dia melakukannya dia akan kata “kan saya dah kata Najib yang lakukannya”.

    Kami juga sudah beritahu dan “alert” pihak tertentu apabila Mahathir mengandaikan Najib akan lakukan huru hara apabila keputusan PRU keluar.

    Ini kerana seperti yang di lakukan oleh Yahudi dinamakan “mind control” dan “crowd control”  atau “mass control” untuk melontar kesangsian kepada pihak lain terlebih dulu sebelum mereka sendiri bertindak melakukannya.

    Mahathir juga mengamalkan cara “Joseph Goebbels” menggunakan kaedah mengulang pembohongan sehingga minda lemah percaya itulah yang benar.

    Itulah sebabnya Mahathir sentiasa me’Najib’kan semua perkara, sehingga soalan berkenaan kekayaan anaknya pun nama Najib yang di sebut.

    Mahathir tidak tahu apa apa yang terjadi ketika dia menjadi Perdana Menteri, Mahathir juga tidak tahu partinya tidak adakan AGM dan hantar laporan kepada RoS lambat dan palsu, tapi Mahathir amat tahu macam macam cara Najib akan tipu pada PRU14.

    Hebat tak? – TV14

     

    #HebatkanNegaraku

    #BersamaBN

    #JomBN

    #BR1M

    #ManifestoBN

    #DahulukanRakyat

     

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up