• Carian
  • Media Sosial
  • Hari Pengundian
  • Harapan Beri Dedak Cuti 2 Hari, Ini Je Harga Pendirian Kita?

    Posted by editor | 12 April 2018 | 3:50 pm | 330

    #DedakHarapan #DedakCuti #Dedak #Harapan #Cuti #PRU14 #GE14 #Undi

     

     

    SECARA TIDAK SEDAR, Pakatan Harapan yang dikuasai DAP sedang menghina dan merendah-rendahkan maruah 14,940,624 pengundi yang layak membuang undi semasa PRU14 tidak lama lagi.

     

    Mereka (Pakatan Harapan yang dikuasai DAP) telah memancing dengan dedak cuti 2 hari diberikan kepada rakyat Malaysia sekiranya gabungan pembangkang tersebut berjaya menakluk Putrajaya.

     

    Daripada dedak yang diberikan itu, maka jelaslah kepada kita bahawa nilai atau harga undi rakyat Malaysia di kaca mata DAP hanyalah sekadar 2 hari cuti semata-mata.

     

    Selepas selesai memberi ganjaran yang besar itu kepada para pengundi, maka Pakatan Harapan yang dikuasai DAP akan menggerakkan Kerajaan Persekutuan semahu mereka demi memuaskan nafsu serakah yang sudah mereka tunggu semenjak Pilihan Raya Umum Pertama pada 1959 lagi.

     

    Pada waktu itu, mereka akan ‘memperkudakan’ Kerajaan Persekutuan khususnya segala aset, penjawat awam, kewangan, kekayaan dan pelbagai lagi hak milik kerajaan untuk memastikan keinginan mereka yang sudah ditunggu selama 59 tahun itu tercapai.

     

    Mereka (DAP) sudah dapat kuasa dan kekayaan, jadi apa yang rakyat bakal dapat?

     

    Rakyat hanya akan dibiarkan menikmati cuti 2 hari berkenaan sehinggalah mereka tidak sedar bahawa maruah sendiri telah tercalar, kekayaan negara mahu dihakis dan kedaulatan negara mungkin tergadai.

     

    Jangan dilupa, hasrat DAP adalah untuk melunaskan dendam dan janji PAP dari Singapura iaitu mahu menjadikan negara kita sebagai “Malaysian Malaysia” sebelum Kiamat tiba.

     

    Justeru, berbaloikah kita hanya memperoleh cuti satu atau dua hari pemberian hadiah Pakatan Harapan yang dikuasai DAP? Kita mungkin dapat ‘dedak’ cuti itu, namun mereka (DAP) akan dapat berlipat kali ganda lebih besar berbanding nilai cuti berkenaan.

     

    Jawablah sendiri dengan kewarasan akal fikiran, Pakatan Harapan beri dedak cuti kepada kita, adakah kerana itu kita sanggup gadai negara? Pakatan Harapan yang dikuasai DAP mahu beri dedak cuti, sekadar ini sahajakah harga pendirian dan maruah kita? – TV14

     

     

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up