• Carian
  • Media Sosial
  • Hari Pengundian
  • (VIDEO) Sibuk Tunjuk Aksi ‘Superman’ Akhirnya Makan Padah

    Posted by jane | 11 April 2018 | 99

     

    AKSI ‘superman’ yang dipersembahkan seorang penunggang motosikal ini akhirnya memakan diri apabila terjatuh dan terseret beberapa meter di tengah jalan raya.

    Dalam kejadian yang tidak dinyatakan masa dan lokasinya itu, rakaman video amatur yang dirakam dari dua rakannya itu menunjukkan mangsa pada awalnya melakukan aksi berbahaya berkenaan sambil motosikalnya dipandu laju di lorong kanan.

    Entah bagaimana, secara tiba-tiba mangsa terjatuh dipercayai akibat tergelincir dan motosikalnya hampir dilanggar oleh sebuah kenderaan SUV di lorong tengah.

    Mangsa yang terjatuh secara meniarap terseret beberapa meter ke hadapan dan nyaris dilanggar oleh rakannya dari belakang.

    Tidak diketahui bagaimana keadaan mangsa, namun tindakan lima penunggang motosikal itu dikecam teruk selain dijadikan bahan cemuhan oleh netizen.

    Namun apa yang menghiburkan netizen, rakaman berdurasi 31 saat itu turut diselitkan dengan lagu beralunan sayu bagi menggambarkan keadaan mangsa yang ‘kecundang’ ketika sedang beraksi.

    “Handal adik ni. Moga jadi pengajaran. Tu fly macam superman, tandanya riak. Kalau dah 40 orang sumpah kau bawa macam tu, maknanya akan jadi doa. Harap berubahlah ye. Sayang mak dan ayah kamu,” kata Rizal Faris.

    “Main sebelah kereta time hujan, memanglah angin tolak. Lagi-lagi hujan, jatuhlah jawabnya. Hahaha!” gelak Azeril Husain mentertawakan mangsa.

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up