• Carian
  • Media Sosial
  • Hari Pengundian
  • Kerana Mahu Lawan “Fake News”, Seng Giaw Dibuang DAP

    Posted by editor | 11 April 2018 | 4:50 pm | 1105

    #BersamaBN #HebatkanNegaraku #DahulukanRakyat #PRU14 #GE14 #TanSengGiaw #FakeNews

     

     

    SEPERTI DIJANGKA, kedudukan nama Dr Tan Seng Giaw di dalam ‘list’ nama calon DAP sudah tidak kelihatan lagi. Walaupun sudah lapan kali namanya dicadang di Parlimen Kepong, dan dia berjaya ke lapan-lapan pilihan raya itu, namun kali ini nasibnya agak berbeza.

    Di dalam situasi DAP yang kian retak dan tidak tentu arah, masakan DAP punyai calon yang ramai dan berpotensi untuk dicalonkan. Melainkan ada sesuatu perkara telah terjadi terhadap Tan sehingga penguasa DAP iaitu Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng bertindak sedemikian.

    Barulah diketahui, Tan juga merupakan Timbalan Pengerusi PAC yang pernah menyiasat kes 1MDB yang viral di media sosial. Isu 1MDB merupakan sebuah isu terpenting buat Pakatan Harapan untuk menjatuhkan kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

    Mereka yakni pembangkang amat bergantung harap kepada isu 1MDB supaya usaha mereka menghasut rakyat akan berjaya sehingga di akhirnya rakyat dapat terjemahkan di dalam kertas undi PRU14.

    Bagaimanapun usaha DAP melalui Pakatan Harapan ini agak pudar dan gagal apabila Tan selaku orang nombor dua terpenting dalam PAC sendiri telah mengaku bahawa hasil siasatan mendapati Najib tidak ada sebarang kesalahan dalam isu 1MDB.

    Ini membuatkan Legasi Lim yang menguasai DAP dan Pakatan Harapan menjadi berang dan amat marah terhadap kenyataan jujur Tan tersebut.

    Tidak mustahil, Pakatan Harapan mahu terus ‘fake news’ bahawa Najib terlibat dalam isu 1MDB itu dijaja sehingga ke seluruh negara agar kemarahan rakyat mula membuak-buak, lalu mengambil langkah menolak pemerintah.

    Perancangan sudah cantik dan sesuai. Namun, Tan menyebabkan agenda ‘fake news’ berkenaan gagal setelah mendedahkan hal yang sebenar kepada pihak umum.

    Apabila Tan memberitahu pihak media bahawa Najib tidak bersalah dalam isu 1MDB, Kit Siang dan Guan Eng tidak membuka mulut walau sepatah pun.

    Inilah nasib buat mereka yang tidak mahu ‘fake news’ berleluasa di Malaysia. Mereka akan dibuang seperti ‘anjing kurap’ tanpa ada sebarang rasa belas ihsan.

    Sekiranya pemimpin mereka yang sudah menjadi Ahli Parlimen selama 40 tahun pun mampu mereka perlakukan dengan begitu hina, apa pula nasib rakyat Malaysia sekiranya DAP berkuasa di negara ini melalui Pakatan Harapan? Fikirlah sebaiknya. – TV14

     

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up