• Carian
  • Media Sosial
  • Hari Pengundian
  • Semua Calon BN ‘Comfirm’ Tak Terlibat Rasuah, Calon PH Belum Tentu

    Posted by editor | 10 April 2018 | 10:51 am | 898

     

     

    SETAKAT 3 hari selepas Parlimen dibubarkan, hanya parti Barisan Nasional (BN) sahaja yang disahkan telah membuat saringan calon bebas rasuah. Ini diakui sendiri oleh Ketua Pengarah SPRM dalam satu kenyataan bersama Pengerusi SPR pada 9 April 2018.

     

    Langkah drastik ini di buat oleh BN bagi memastikan setiap calon yang berpotensi tidak terlibat dengan amalan rasuah yang menjadi kutukan majoriti rakyat negara kita.

     

    Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pendekatan BN menghantar senarai yang melibatkan antara tiga dan lima calon berpotensi di setiap Parlimen serta DUN untuk proses saringan di tiga agensi ‘neutral’ menunjukkan parti itu telus untuk berkhidmat rakyat dan negara.

     

    “Kita nak calon yang terbaik untuk mewakili BN. Mereka (pembangkang) tidak peduli. Mereka tangkap muat dalam memilih calon. Itulah masalah mereka,” katanya kepada pemberita selepas hadir jualan ikan segar separuh harga di Putrajaya pada 9 April 2018.

     

    Tiga agensi yang dimaksudkan Tengku Adnan itu adalah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Insovensi.

     

     

    Walaupun tiga agensi tersebut tidak mensyaratkan untuk berbuat demikian, namun tindakan BN itu menandakan bahawa parti pemerintah amat serius untuk memberi yang terbaik buat rakyat.

     

    Ini ternyata berbeza terhadap Pakatan Harapan dan PAS (Gagasan Sejahtera) yang enggan berbuat demikian. Padahal, dua blok pembangkang itu amat ‘garang’ menuduh parti kerajaan terpalit dengan najis rasuah.

     

    Sebaliknya mereka sendiri takut untuk membuat saringan nama terhadap tiga agensi tersebut.

     

    Menang atau kalah dalam PRU14 kali ini jawapannya hanya ada pada tangan para pengundi. Tiada siapapun mampu memastikan perkara itu lebih awal dari hari pembuangan undi.

     

    Namun, apa yang boleh kita sahkan adalah calon-calon BN dalam PRU14 kali ini semuanya akan bersih dari rasuah setelah disaring secara adil oleh tiga agensi berautoriti.

     

    Manakala dua lagi parti politik yang akan terlibat dalam PRU14 kali ini belum tentu pasti lagi bebas dari najis rasuah. Buatlah pilihan yang terbaik untuk anak cucu kita. – TV14

     

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up