• Carian
  • Media Sosial
  • Hari Pengundian
  • Kenyataan Balas Hishammuddin Terhadap Tuduhan Fitnah Rafidah Aziz [VIDE0]

    Posted by editor | 9 April 2018 | 207

     

     

    Saya dengar apa yang Rafidah cakap semalam dan kenyataan itu adalah penuh dengan informasi yang tidak tepat dan dalam kes-kes tertentu adalah sebuah pembohongan.

     

    Tuduhan bahawa sebuah syarikat yang diuruskan oleh tiga individu yang memiliki setiap inci aset MINDEF adalah sangat tidak tepat dan merupakan sebuah pembohongan.

     

    Dalam surat beliau, beliau mengatakan syarikat tiga individu ini dituduh membuat keputusan terhadap tanah ATM MINDEF adalah tidak tepat dan merupakan pembohongan.

     

    Dan tuduhannya terhadap diri saya sendiri bahawa kita akan menilai tanah MINDEF untuk projek agrikultur berskala besar juga adalah tidak tepat dan merupakan pembohongan.

     

    Saya hanya memikirkan mengenai isu sekuriti makanan dengan Menteri Pertanian, dan itu adalah pada dua, tiga tahun yang lalu dan tidak ada apa-apa yang berlaku sejak (perbincangan) itu.

     

    Dan saya tidak pasti apa objektif beliau untuk membuat kenyataan yang salah ini, tetapi hari ini dengan tempoh masa yang terhad untuk saya semak (kenyataan ini), ini adalah tiga jawapan yang saya boleh jawab secara terus terhadap kenyataan beliau semalam.

     

    Saya percaya tindakan ini amatlah tidak bertanggungjawab daripada beliau, sebagai seorang ahli kabinet ketika itu yang juga merupakan sebahagian daripada pembuat keputusan ketika itu untuk membuat tuduhan dan penipuan ke atas tiga isu ini.

     

    Jangan kaburi dengan benda-benda lain terhadap tiga isu yang menyentuh MINDEF ini. Saya tengok tindakan beliau ini tidak bertanggungjawab langsung.

     

    Selepas ini saya akan mendapatkan jawapan daipada MINDEF. Saya akan meminta LTAT untuk menjawab dan saya telah dapatkan minit daripada Kabinet untuk melihat pertuduhan beliau.

     

    Kita akan menyiasat secara keseluruhan pertuduhan ini.

     

     

     

    DATUK SERI HISHAMUDDIN HUSSEIN

     

     

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up