• Carian
  • Media Sosial
  • Hari Pengundian
  • Bunyi M16 Berdentum Dentum, Orang Ramai Di Cow Kit Lari Bertaburan

    Posted by supertramp | 9 April 2018 | 2:44 pm | 2178

     

    Selepas beberapa das tembakan terdengar, orang ramai lari bertempiaran mahu menyelamatkan diri.

    Terhasil dengan ini beberapa orang telah tercedera dan dua orang meninggal dunia.

    Ketika Prebet Adam lari sembunyi di Wisma Sabarudin Kampung Baru, keesokannya seorang berpangkat tinggi tetntera cuba memujuknya untuk keluar dari persembunyian.

    Antara kata katanya “Adam ni bukan tempat kita Adam”

    Peristiwa ini dinamakan Amok Prebet Adam, semua kisah adalah berkenaan seorang anggota tentera yang marah kepada “senior” nya kerana di “ragging“.

    Apa yang sepatutnya menjadi “isolated” kes tekanan peasaan seorang individu di tukar kepada kesempatan oleh seorang individu lain untuk dijadikan bahan menyerang Sultan.

    Anggota tentera ini didakwa telah dipaksa oleh Polis untuk membuat konfesi yang tidak benar.

     

     

    Insiden inilah yang di sebut oleh Tengku Mahkota Johor inilah yang Tun Mahathir enggan ulas.

     

    Kenyataan TMJ ;-

     

    “Begitu juga dengan kisah prebet Adam di mana Almarhum Sultan Iskandar iaitu datuk saya yang tidak ada peluang untuk mempertegakkan diri kerana ketika zaman itu tiada kemudahan internet, semua media dikawal oleh kerajaan.

    Media mengeluarkan kenyataan kononnya prebet Adam mengamuk apabila mendapat tahu adik beliau dibunuh oleh Sultan Johor ketika itu. Sedangkan Prebet Adam tiada adik lelaki dan hanya ada adik perempuan yang meninggal dunia ketika berumur dua tahun dalam tragedi rumah terbakar.

    Saya juga ada berjumpa dengan seorang individu berasal dari Kedah pada tahun lepas. Beliau yang bercerita kepada saya yang beliau berjumpa dengan prebet Adam dan prebet Adam menceritakan bagaimana dia dipaksa sepanjang 10 hari di dalam bilik sel yang gelap oleh anggota polis untuk mengaku yang Sultan Johor membunuh adiknya.”

     

     

    Kenapa Tun M enggan ulas kritikan TMJ ini? Dan kenapa pentaksub bawah umur cuba bela Tun M jika tidak tahu kisah sebenar?

    Tun M suka orang lain menjawab hal hal yang di bangkitkan seperti 1MDB, dan jika di jawab Tun M akan bidas sebagai “bohong” sahaja.

    Namun kes besar yang terjadi sekitar tahun 1987 tidak menjadi pengetahuan orang muda yang menyanjung Mahathir, tambah lagi di era tiada media sosial.

    Persoalan, kenapa Mahathir takut untuk mengulas? atau seperti biasa “itu salah Polis” jawab Mahathir.

    Pembaca boleh merujuk kisah di atas pada buku ini ;-

     

     

     

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up