• Carian
  • Media Sosial
  • Hari Pengundian
  • Hannah Yeoh Bakal Ganti Pandikar Amin Mulia Di Parlimen Jika PH Menang PRU14?

    Posted by editor | 3 April 2018 | 4:05 pm | 271

     

     

    PAKATAN HARAPAN sudah tahu mereka akan kalah dalam PRU14 kali ini. Semua ini berlaku kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak amat cerdik dalam memberikan rakyat kemudahan dan bantuan yang terbaik.

     

    Namun begitu, Pakatan Harapan juga masih ada cita-cita yang tinggi untuk mentadbir Malaysia. Dipercayai, mereka telah memiliki kabinet bayangan sendiri sekiranya berkuasa.

     

    Bukan itu sahaja, jawatan Speaker Dewan Rakyat juga dikhabarkan sudah dinamakan oleh penguasa Pakatan Harapan yakni DAP.

     

    Evangelis Kristian, Hannah Yeoh dengar ura-ura bakal bertanding di Parlimen Puchong sebagai persediaan menjadi Speaker Dewan Rakyat untuk menggantikan Tan Sri Pandikar Amin Mulia sekiranya Pakatan DAP berjaya menawan Putrajaya pada PRU 14.

     

    “Seorang sumber berkata Yeoh adalah pilihan terbaik kerana pengalamannya selama lima tahun sebagai speaker Dewan Undangan Negeri Selangor melayakkan beliau menjawat jawatan Speaker Dewan Rakyat sekiranya Pakatan memperolehi kuasa,” kata sumber yang tidak dinamakan kepada akhbar China Press.

     

    Sumber China Press itu dikutip dalam laporan The Sun Daily baru-baru ini yang menunjukkan kesungguhan DAP untuk menawan Johor, benteng UMNO pada PRU 14.

     

    Perkara ini tidak mustahil akan berlaku sekiranya Pakatan Harapan menguasai negara kita. Apatah lagi Hannah Yeoh sekarang ini adalah Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor yang juga merupakan ADUN Subang Jaya.

     

    Hannah Yeoh pernah ‘kantoi’ dengan penyebaran buku tulisannya yang bertajuk “Becoming Hannah” – dan didakwa mengandungi agenda Kristianisasi yang bersembunyi atas nama politik.

     

    Penganut Kristian Evangelis ini bermatlamat untuk menyebarkan dakyah kepada seramai mungkin manusia. Adakah ini juga sealiran dengan kehendak DAP yang ramai netizen katakan sebagai sebuah parti ‘anti Melayu’ dan ‘anti Islam’ di Malaysia?

     

    Bayangkan sekiranya ia benar-benar berlaku di negara ini. Apakah kita semua rela Dewan Rakyat kita ‘dikuasai’ oleh seorang yang dituduh sebagai Kristian Evangelis? – TV14

     

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up