• Carian
  • Media Sosial
  • Hari Pengundian
  • Wanita Ditangkap Kerana Makan Alat Sulit Mayat Saudara

    Posted by jane | 13 March 2018 | 81

     

    HARARE – ZIMBABWE. Satu insiden mengemparkan dilapor berlaku di Zimbabwe dimana dua wanita telah memakan zakar, mata dan pipi mayat saudara mereka yang bakal dikebumikan.

    Kejadian pelik itu berlaku di kampung Ndangara.

    Lapor media tempatan, kedua-dua wanita yang tidak dinamakan itu telah dihadapkan ke mahkamah untuk diadili.

    “Saya boleh mengesahkan bahawa kedua-dua wanita terbabit telah dibawa ke jawatankuasa kampung untuk diadili, selepas mereka mengerat dan memakan anggota badan mayat saudara mereka,” kata ketua kampung, Chief Chireya.

    Tambah Chireya, dua wanita itu tidur di bahagian dapur dimana mayat tersebut disimpan sebelum menanti untuk dikebumikan.

    “Saya diberitahu, mereka mengarahkan ahli keluarga yang lain mematikan lampu sebelum masuk tidur dan ketika itulah mereka mengerat mayat berkenaan.

    “Perkara itu terbongkar keesokan harinya selepas beberapa ahli keluarga yang lain mendapati alat sulit dan mata mayat itu telah hilang,” katanya.

    Katanya lagi, kedua-dua wanita itu saling menuding jari dan tidak mengaku melakukan perbuatan tersebut. – Dailystar

     

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up