• Carian
  • Media Sosial
  • Hari Pengundian
  • (VIDEO) Bekas PM Pakistan Dibaling Kasut

    Posted by jane | 13 March 2018 | 11

     

    ISLAMABAD – Seorang pelajar bertindak membaling kasut ke arah bekas Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif, kelmarin.

    Sharif yang disingkirkan pada tahun lalu atas tuduhan rasuah turut terkejut apabila kasut itu mengenai tepat pada bahunya ketika beliau sedang berucap dalam sebuah seminar di Lahore.

    Perbuatan tersebut yang disifatkan sebagai penghinaan utama di negara itu turut dirakamkan secara langsung oleh saluran TV tempatan.

    Pelaku kemudiannya melompat ke atas pentas dan mula melaungkan slogan sebelum dia ditangkap oleh orang ramai dan diserahkan kepada polis.

    Pemimpin parti pembangkang, Tehreek-e-Insaf, Imran Khan yang juga pengkritik Sharif bagaimanapun mengutuk insiden itu.

    “Ini bukan cara yang betul untuk menyatakan pendapat anda.

    “Saya mengecam sesiapa saja yang melakukannya,” katanya.

    Difahamkan, kejadian itu berlaku sehari selepas seorang individu melemparkan dakwat ke arah Menteri Luar, Khawaja Muhammad Asif yang juga pembantu rapat Sharif.

    Lapor media tempatan, semasa kejadian Asif sedang berucap di perhimpunan parti di timur Pakistan. – Press TV

     

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up