• Carian
  • Media Sosial
  • Hari Pengundian
  • Tiada Yang Mustahil Apabila Berjaya Masuk Ke Suku Akhir – Mourinho

    Posted by suzein-yana | 13 March 2018 | 10

     

    Manchester United akan meletakkan diri untuk persaingan kejayaan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) jika mereka dapat mengatasi Sevilla, kata Jose Mourinho, walaupun mengakui The Red Devils bukan salah sebuah pasukan terbaik dalam kejohanan itu.

    United menjadi tuan rumah kepada pertembungan menentang Sevilla dalam aksi kedua pusingan 16 esok selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 di Ramon Sanchez Pizjuan.

    Dua jaringan Marcus Rashford yang menenggelamkan Liverpool 2-1 dalam Liga Perdana Inggeris, Sabtu lalu, menaikkan keyakinan skuad Mourinho itu walaupun jurulatih itu sendiri kekal dengan sikap realistik.

    “Saya rasa kami bukan salah sebuah pasukan terbaik dalam pertandingan ini” kata Mourinho dalam sidang media sebelum perlawanan.

    “Tetapi saya fikir apabila pasukan tiba dalam pusingan lapan terakhir, apa-apa boleh berlaku.

    “Apabila berada dalam 16 terakhir, ia kelihatan benar-benar jauh ┬átetapi ketika pasukan dapat mara ke pusingan lapan terakhir, kita akan mula menghidu separuh akhir.

    “Saya fikir apabila skuad berada dalam lapan terakhir, kita berasa antara pasukan terbaik tetapi apa-apa boleh berlaku” tambahnya.

    Mourinho membimbing Porto mengecap kejayaan yang sukar dipercayai di pentas Eropah itu pada 2003-04 dan melakukan perkara sama bersama Inter Milan enam tahun kemudian.

    Ditanya sama ada dia berasakan mempunyai skuad yang cukup baik untuk menjadikannya gelaran hatrik bersama United, dia menjawab: “Belum”

    “Tetapi apabila pasukan mencapai lapan yang terakhir semuanya tidak mustahil. Mungkin ada satu halangan dalam fikiran saya, iaitu Sevilla. Saya tahu ia sangat sukar untuk dilalui”

    “Jika ke suku akhir, pasukan lawan itu adalah salah sebuah nama besar dalam bola sepak Eropa, tetapi kami akan mencuba” – eurosports

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up