• Carian
  • Media Sosial
  • Hari Pengundian
  • “Takkan Nak Cakap Jangan Sentuh Anak Saya!” – Amyra Rosli

    Posted by jane | 13 March 2018 | 31

     

    Pasangan pelakon Amyra Rosli dan Amar Baharin tidak menghalang anak sulung mereka, Aqeef Anaqi untuk terbabit dalam dunia seni dalam usia muda.

    Namun, kata Amyra, 27, terdapat beberapa syarat perlu dipatuhi oleh pihak yang menawarkan Aqeef untuk menjadi duta sesebuah jenama.

    “Saya dan Amar tidak menolak sekiranya kami sekeluarga ditawarkan untuk menjadi duta, terbabit dalam sesi fotografi dan promosi kerana kami sudah menjadi satu pakej.

    “Tetapi kami sudah menetapkan syarat supaya anak kami, Aqeef tidak perlu turun padang untuk sesi ramah mesra yang melibatkan terlalu ramai orang.

    “Semua pihak perlu faham Aqeef baru berusia lima bulan dan saya tak boleh menghalang orang yang mahu mendekati dan menyentuhnya.

    “Takkan saya nak cakap jangan sentuh anak saya pula. Pasti akan ada yang terasa hati,” katanya kepada Astro Gempak.

    Amyra ditemui pada majlis pertunjukan fesyen Anggun Aidilfitri Mek Kembang Cotton di The Everly Putrajaya baru-baru ini menegaskan pembabitan anaknya tidak perlu membebankan sesiapa.

    “Kalau terbabit dalam sesi fotografi pun saya tidak mahu akan saya terbeban. Dia tidak perlu bekerja keras dalam usia yang masih kecil,” tambahnya.

    Dalam perkembangan lain, Amyra kini sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri Nur yang bakal ditayangkan pada bulan Ramadan nanti.

    Amyra dan Amar juga tercalon untuk Top 5 Couple MeleTOP untuk Anugerah MeleTOP Era (AME2018) yang bakal berlangsung pada 8 April depan.

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up