• Carian
  • Media Sosial
  • Hari Pengundian
  • Mahathir Cuci Berak Lagi, Salahkan Polis Dan Majlis Tertinggi Pecat Anwar

    Posted by supertramp | 13 March 2018 | 1:53 pm | 255

     

    Satu perkara sahaja yang Mahathir mahu mengaku, iaitu dia yang membina KLCC, itu sahaja.

    Itu pun berkenaan harga pembelian tanah KLCC yang di jual mahal berlipat ganda harganya oleh kroni, Mahathir tidak pernah menjawab.

    Mahathir juga tidak pernah menjawab kenapa perlu beli melalui syarikat kroni jika sudah tahu awal Petronas mahu gunakan tanah itu?

    Itulah Mahathir. Maka sebab itulah Mahathir “tidak pernah” mencuri wang negara, kerana cara dia mengalihkan wang negara sangat unik.

    Ini belum lagi kisah “bailout” lagi yang entah betul atau tidak wang “bailout” dapat kepada yang di “bailout” kerana PERWAJA lingkup juga, MAS sehingga kini masih merangkak dan PROTON baru sahaja bernafas di selamatkan oleh Najib.

    Berkenaan wang milik rakyat di perjudian FOREX usah di tanya kerana Mahathir “tidak tahu”.

    Terkini dalam siri penafian dan juga pembohongan, Mahathir mula membuat kenyataan baru di mana katanya pemecatan Anwar Ibrahim adalah kerana salah Polis.

    Polis dakwa Mahathir telah memberi laporan berkenaan aktiviti Anwar, dan jika boleh langgar undang undang Mahathir mahu menolak sahaja dakwaan Polis, dan kononnya, Mahathir terpaksa akur dengan Polis.

    Cantik sungguh cerita dari Mahathir ini.

    Kemudian, dari ini, Mahathir juga menyatakan pemecatan Anwar juga atas kehendak majlis tertinggi dan dirinya terpaksa akur atas kehendak suara ramai.

    Itulah Mahathir dengan autanya.

    Jika Majlis Tertinggi UMNO membuat keputusan menyingkir anaknya, dia terus persalahkan Najib.

    Jika Majlis Tertinggi UMNO mahu ditangguhkan pemilihan UMNO, terus sahaja Najib yang salah, namun jika ia berlaku di zamannya, yang salah adalah pihak MT dan bukan dirinya.

    Apa lagi yang Mahathir tidak salahkan pihak lain?

    Kita sudah tahu siri siri menyucikan diri Mahathir dengan menyalahkan pihak lain.

    Jika wang milik rakyat di Bank Negara lesap di perjudikan, ia adalah salah Nor Mohamed Yakcob.

    Jika terjadi pembunuhan 12 orang Islam Kg Memali di zamannya, ia adalah salah Tun Musa Hitam dan Polis, jika tidak pun ia salah orang Kg Memali itu sendiri.

    Ketika krisis kewangan di mana wang negara hampir muflis, ia adalah salah George Soros dan bukan salah dirinya.

    Kemudian baru kita tahu, Soros adalah kenalan dia sendiri. Apakah ada pakatan menggunakan nama Soros untuk selamatkan tengkoknya?

    Yang pelik berkenaan Mahathir ini, dalam sistem mengindoktrinkan minda rakyat membenci Najib, dia akan sebut nama “Najib” atas apa sahaja yang boleh di kaitkan.

    Namun jika membabitkan dirinya sendiri, RM30 billion hilang pun dia hanya perlu jawab “saya tidak tahu”. Begitulah Mahathir yang suka ambil kesempatan dari rakyat yang memujanya.

    Kini dengan kenyataan terbaru Mahathir berkenaan kisah cuci dosanya, jelas sekali dia terlupa apa yang dia tulis hitam putih dalam buku “Doctor in The House” nya.

    Mahathir sendiri mengaku dia banyak buat silap tetapi memecat Anwar Ibrahim bukan antara kesilapannya.

    Bermakna dia benar dalam tindakannya, bukan kerana Polis dan bukan kerana Majlis Tertinggi UMNO.

    Itulah sebab ramai orang takut berdebat dengan Mahathir, bukan kerana dia hebat, tetapi dia boleh bertukar pendirian bila bila masa sahaja dia rasa perlu. – TV14

     

     

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up