• Carian
  • Media Sosial
  • Hari Pengundian
  • Hutang Azmin Kepada Najib Bila Mahu Bayar?

    Posted by editor | 13 March 2018 | 4:07 pm | 955

     

     

    AZMIN ALI bukanlah seorang pemimpin yang hebat dan mampu membela rakyat. Bukan sahaja tidak berdaya untuk menyelesaikan masalah krisis air di Selangor, malah Azmin juga cepat gelabah bila dijentik walaupun sedikit.

    Lihat saja bagaimana Menteri Besar Selangor itu melenting bagai ‘kera gila’ apabila dijentik sedikit oleh Perdana Menteri Najib Razak dalam isu air. Azmin dilihat naik angin seorang diri tanpa ada sesiapapun berani mempertahankannya bila mana Najib menyerangnya.

    Seolah-olah dalam isu air ini, Azmin langsung tidak bersalah dan Kerajaan Pusat pula yang patut dipersalahkan.

    Walhal, Kerajaan Pusat pimpinan Najib telah meluluskan pemberian bantuan sebanyak RM14 bilion kepada Kerajaan Selangor untuk menyelesaikan masalah air negeri berkenaan.

    Dengan peruntukan itulah, Kerajaan Selangor menggunakannya untuk berjanji kepada rakyat bahawa mereka akan beri liter padu air percuma.

    Tanpa rasa segan silu walau sedikit pun, Azmin menggunakan peruntukan itu seolah-olah ia adalah dari poketnya sendiri.

    Padahal ia adalah bantuan berbentuk pinjaman yang harus dibayar balik oleh Kerajaan Selangor kepada Kerajaan Pusat. RM14 bilion itu adalah wang rakyat yang disalurkan bagi mengurangkan beban rakyat di bawah setelah kerajaan pimpinan Azmin ternyata bodoh dalam menguruskan negeri sendiri.

    Justeru itu, Azmin sepatutnya membuat bayaran balik kepada Kerajaan Pusat pimpinan Najib dan bukannya berdiam diri berlagak suci begitu sahaja.

    Inilah perangai pemimpin Pakatan Harapan yang kita ada. Mereka hanya cerdik mencari salah orang lain, sebaliknya mereka tidak cerdik untuk menjadi pemimpin yang membela rakyat.

    Bayangkan jika Kerajaan Pusat tidak mahu memberi bantuan dan pertolongan, nescara rakyat di Selangor akan mengalami krisis air yang lebih teruk lagi hingga membusukkan nama baik negara kita di mata dunia. – TV14

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up