• Carian
  • Media Sosial
  • Hari Pengundian
  • Conte Atur Strategi Bertemu Barca

    Posted by suzein-yana | 13 March 2018 | 1

     

    Pengurus Chelsea Antonio Conte berdepan dilema mengimbangi kecenderungannya untuk berhati-hati dengan keinginan pasukan itu meledak gol berdepan Barcelona pada aksi 16 terakhir Liga Juara-Juara awal pagi Khamis ini.

    Rancangan Conte untuk bertahan dan melakukan serangan balas terhadap pendahulu La Liga itu dilihat hampir sempurna dalam aksi pertama tiga minggu lalu apabila Willian meletakkan pasukan tuan rumah di depan dan membuat dua percubaan tepat.

    Namun kesilapan Andreas Christensen membawa padah buat anak buah Conte ketika Barca meledak gol penting di tempat lawan apabila Andres Iniesta mengumpan kepada Lionel Messi dan berjaya membolosi gawang Chelsea pada percubaan kesembilan dan keputusan 1-1 memberi kelebihan buat Barca.

    Bagaimanapun ketika Willian cemerlang dalam acuan Conte tanpa sebarang penyerang, Eden Hazard gagal memberi pengaruh yang diingininya di pentas tertinggi ketika menggalas tugas sebagai penyerang utama.

    “Kami perlu mengulangi aksi seperti di Stamford Bridge dan cuba mengeksploit peluang menjaringkan gol” kata Conte selepas menang 2-1 ke atas Crystal Palace, membayangkan beliau akan menggunakan pendekatan sama di Nou Camp.

    “Adalah penting untuk memahami kami perlu bersedia untuk menderita, jika kami menurunkan Hazard sebagai pemain nombor sembilan, atau kami bermain dengan (Olivier) Giroud atau (Alvaro) Morata sebagai nombor sembilan dan Hazard sebagai nombor 10”

    Hazard jelas sekali menderita apabila diturunkan sekali lagi sebagai watak utama ketika Chelsea ditewaskan Manchester City 0-1 lebih seminggu lalu.

    “Apabila anda meninggalkan padang, anda menganggap anda sudah berlari tapi sebenarnya anda tidak bermain bola” kata Hazard ketika City mencatat rekod 902 hantaran dalam Liga Perdana Inggeris dan Chelsea gagal melakukan percubaan ke gol.

    “Kami mungkin bermain selama tiga jam dan saya tidak menyentuh bola. Bagi saya sukar bermain dengan baik apabila anda hanya menyentuh bola tiga kali” – AFP

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up