• Carian
  • Media Sosial
  • Hari Pengundian
  • Brazil Tanpa Neymar ?

    Posted by suzein-yana | 13 March 2018 | 98

     

    Baru – baru ini pengendali skuad Brazil, Tite telah menyenaraikan muka – muka baru dalam skuad kebangsaan bagi perlawanan persahabatan menentang Russia dan Jerman tanpa kelibat Neymar akibat cedera parah di kaki.

    Perlawanan yang dijadualkan pada 23 dan 27 Mac adalah aksi pemanas badan terakhir Brazil sebelum menuju ke pangkalan latihan mereka di Sochi, selatan Russia, menjelang Piala Dunia bermula 14 Jun depan.

    Persiapan pasukan Brazil tergendala akibat kecederaan kaki Neymar ketika beliau bersama PSG menentang Real Madrid.

    Tite menangguhkan pengumuman skuadnya selama 10 hari kerana beliau mengambil kira situasi semasa.

    Setelah mendapat pengesahan doktor dimana Neymar terpaksa di rehatkan sekurang-kurangnya tiga bulan, Tite menyenaraikan 25 pemain bukannya senarai biasa 23 pemain.

    Antara muka baru disenaraikan Tite, Willian Jose penyerang berusia 26, yang sedang mewakili Real Sociedad (Sepanyol). Talisca, yang berkhidmat di kelab Besiktas, Turki dipanggil semula berikutan dua aksi persahabatan pada 2014.

    Selain dari itu juga Tite lebih selesa memangil semula Filipe Luis ketika berada di Atletico Madrid dari Alex Sandro yang mewakili Juve.

    Aksi bertemu Russia berlangsung di Moscow sebelum Brazil bertandang ke Berlin untuk menentang Jerman.

     

    Barisan kemungkinan Brazil 2018

    Penjaga gol: Alisson (AS Roma/ITA), Neto (Valencia/ESP), Ederson (Man City/ENG)

    Pertahanan: Dani Alves (Paris Saint-Germain/FRA), Fagner (Corinthians), Filipe Luis (Atletico Madrid/ESP), Marcelo (Real Madrid/ESP), Miranda (Inter Milan/ITA), Marquinhos (PSG/FRA), Thiago Silva (PSG/FRA), Geromel (Gremio), Rodrigo Caio (Sao Paulo)

    Tengah: Casemiro (Real Madrid/ESP), Fernandinho (Man City/ENG), Fred (Shakhtar Donestk/UKR), Paulinho (Barcelona/ESP), Renato Augusto (Beijing Guoan/CHN), Willian (Chelsea/ENG), Philippe Coutinho (Barcelona/ESP), Talisca (Besiktas/TUR)

    Penyerang: Gabriel Jesus (Man City/ENG), Roberto Firmino (Liverpool/ENG), Douglas Costa (Juventus/ITA), Willian Jose (Real Sociedad/ESP), Taison (Shakhtar Donestk/UKR) – Tv14

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up