• Carian
  • Media Sosial
  • Hari Pengundian
  • Beban Hutang Negara Bertambah Jika Manifesto Pakatan Harapan Dilaksana

    Posted by editor | 13 March 2018 | 4:36 pm | 548

     

     

    SEDAP MEMANG SEDAP, tetapi hanya untuk kesedapan di telinga mendengar. Namun di alam realiti, manifesto Pakatan Harapan yang menjadi ‘modal’ kepada mereka berkempen dalam PRU-14 hanya retorik dan persepsi semata-mata.

     

    Secara realitinya, sekiranya manifesto Pakatan Harapan itu diimplemenkan 100 peratus, maka beban hutang negara akan melonjak kepada RM416 bilion.

     

    Ini akan berlaku sekiranya dua perkara dihapuskan seperti yang termaktub dalam manifesto tersebut – mansuh GST dan kadar tol.

     

    Pemansuhan GST dan tol sahaja akan menyebabkan kerajaan kehilangan hasil negara berjumlah RM383 bilion tidak termasuk hutang sedia ada yang lain.

     

    Akibatnya, separuh daripada pembangunan negara juga tidak akan dapat dilaksanakan akibat kehilangan hasil negara yang besar itu. Maka, kehidupan kita akan berganjak ke belakang tanpa kemajuan seperti mana yang dirancang sekarang ini oleh kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

     

    Maka itu, rakyat akan hanya bermimpi untuk memiliki Malaysia yang berwajah baharu melalui projek seperti Transit Aliran Massa (MRT), Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) dan Tun Razak Exchange (TRX) siap sepenuhnya dalam tempoh lima enam tahun lagi.

     

    Sebagai rakyat yang mengakui memiliki kecerdikan yang tinggi, patutlah kita menolak manifesto Pakatan Harapan ini sekiranya tidak mahu melihat Malaysia mundur ke belakang.

     

    Ya, memang manifesto itu sedap di dengar. Namun percayalah bahawa ia tidak sesedap jika dilaksanakan. – TV14

     

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up