• Carian
  • Media Sosial
  • Hari Pengundian
  • Azalina ‘Bin’ Othman Said : RTM Minta Maaf

    Posted by nadilang | 13 March 2018 | 222

     

     

    Radio Televisyen Malaysia (RTM) hari ini membuat permohonan maaf kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said susulan kesilapan pada nama beliau.

     

    “RTM mohon maaf atas kesilapan ejaan nama YB Datuk Seri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri semasa siaran langsung dari Parlimen pagi tadi,” kata RTM di Facebooknya.

     

    RTM melalui siaran langsung sidang parlimen memaparkan nama Azalina sebagai “bin” dan ini ditayangkan secara langsung.

     

    Azalina yang juga Anggota Parlimen Pengerang ketika itu sedang menjawab pertanyaan-pertanyaan Menteri (MQT) berkaitan Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRAP).

     

    Gambar rakam layar tersebut juga turut dikongsikan pengguna oleh Facebook.

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up