• Carian
  • Media Sosial
  • Hari Pengundian
  • Video Azmin ‘Kepanasan’ Apabila Disindir Najib

    Posted by editor | 12 March 2018 | 451

     

     

    KANTOI…. Hasrat Datuk Seri Mohamed Azmin Ali cuba ‘memalukan’ Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang Dewan Rakyat hari ini akhirnya memakan diri sendiri malah menjadi bahan jenaka.

    Perdana Menteri sebaliknya dengan tenang memberikan reaksi sinis kepada pertanyaan isu 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) dengan hutang negara apabila memulangkan paku buah keras kepada Ahli Parlimen Gombak itu.

    Beliau yang juga Menteri Kewangan bahkan menyifatkan masalah air di Selangor sepanjang minggu lalu sehingga menyusahkan jutaan rakyat negeri itu lebih kritikal berbanding kemelut 1MDB yang sudah berjaya diurus baik.

    Jawapan bersahaja Najib tersebut menyebabkan Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor tidak berpuas hati dan mempersoalkan kewajaran isu air di negeri pentadbiran beliau pula cuba dikaitkan sebagai amat serius.

    Bagaimanapun, reaksi Timbalan Presiden PKR itu sekali lagi berjaya ‘memakan dirinya sendiri’ apabila Ahli-ahli Parlimen BN bangkit ‘mengkritik’ urus tadbir air di Selangor paling buruk sehingga menyusahkan rakyat marhaen.

    Lebih ‘menyedihkan’ sekali ialah tidak ada seorang pun wakil rakyat pembangkang waima dari Selangor yang berani berdiri cuba mempertahankan Mohamed Azmin itu kerana mungkin bimbang mereka pula diaibkan secara terbuka!

    Najib secara sinis menjelaskan bahawa peluang telah diberikan kepada Mohamed Azmin untuk terbuka bertanyakan soalan dan sewajarnya beliau juga perlu diberi peluang yang sama juga untuk jawab semula soalan dibangkitkan.

    “Saya cuma buat perbandingan, ada contoh. Tetapi kenapa Gombak ‘panas punggung’ apabila sentuh pasal air? Hairan, hairan,” sindir beliau lagi ketika menjawab soalan tambahan daripada Mohamed Azmin.

    Ia berhubung sama ada kemelut hutang 1MDB mendatangkan kesan kepada peningkatan jumlah faedah hutang negara pada sesi soal jawab lisan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

     

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up