• Carian
  • Media Sosial
  • Hari Pengundian
  • “Bye-Bye Lim Guan Eng”

    Posted by editor | 12 March 2018 | 4:12 pm | 875

     

    SELURUH dunia sudah mengetahui bahawa Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sedang terpalit dengan skandal rasuah yang maha besar di Negeri Pulau Pinang.

    Dia yang juga Ketua Menteri negeri itu sedang ‘ngeri’ menghadapi skandal pembelian banglo di bawah harga pasaran. Perbicaraan kes skandal rasuah berkenaan ditetapkan selama 23 hari bermula 26 Mac ini di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

    Disebabkan rasa ‘tidak sedap’ itu mula menular dalam dirinya, maka Guan Eng secara tak semena-mena (mungkin tidak sengaja) telah menamakan Pengerusi DAP Pulau Pinang sebagai penggantinya jika apa-apa berlaku terhadap dirinya.

    Setiausaha Agung DAP menyebut nama Chow Kon Yeow ketika berucap dalam majlis sambutan 10 tahun parti itu menerajui Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang, di Padang Kota Lama pada 11 Mac 2018 dengan disaksikan oleh Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu.

    Walaupun perbicaraan masih belum bermula, namun Guan Eng telah memberi ‘hint’ bahawa dia mungkin bakal dikenakan hukuman atas dosanya itu. Dengan kata lain, Guan Eng sendiri secara tidak sengaja mengakui bahawa dia melakukan jenayah rasuah di Pulau Pinang?

    Kita wajar mengucapkan selamat tinggal kepada Setiausaha Agung DAP itu dari arena politik negara. Biarkan Guan Eng ‘berehat’ di tempat baharu tanpa sebarang jawatan dan kerja politik.

    Ini tidak termasuk lagi dengan skandal terbaharunya tentang terowong dasar laut di Pulau Pinang.

    Dalam skandal terbesar itu, syarikat yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd didedahkan membayar RM19 juta kepada seorang lelaki yang sebelum ini turut terlibat dalam beberapa kes penipuan.

    Wang itu dikatakan adalah ‘pembayaran perundingan’ atau habuan bagi menutup kes yang disiasat SPRM. Lelaki berkenaan dipercayai bernama Datuk Seri G Gnanaraja.

    Sekali lagi Guan Eng dikatakan terpalit dengan skandal rasuah ini apabila gambar berdua mereka turut terdedah di media sosial baru-baru ini, walaupun Ketua Menteri Pulau Pinang itu enggan mengiyakannya.

    Inilah akibatnya jika penguasa DAP mendapat kuasanya. Pada penggal pertama mungkin semuanya nampak elok, tetapi di penggal kedua mereka (DAP) berkuasa, habis kekayaan negeri dan negara mereka ‘kikis’ sedikit demi sedikit.

    Bayangkan sekiranya Pakatan Harapan yang dikuasai DAP ini menakluk Putrajaya. Sudah tentu hidup rakyat akan senang pada penggal pertama sahaja, tetapi akan terus menderita hingga kiamat semasa penggal kedua dan seterusnya. Tolak Pakatan Harapan, say bye-bye to Lim Guan Eng.

    Justeru itu, suatu momen yang baik sekiranya Guan Eng ‘direhatkan’ dari dunia politik negara kita. Paling tidak kita dapat berada dalam kehidupan yang lebih baik tanpa Guan Eng. Percayalah, tanpa Guan Eng hidup kita akan lebih baik! – TV14

     

     

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up