• Carian
  • Media Sosial
  • Hari Pengundian
  • “Parti Bunga Akan Lenyap Sebelum Hari Penamaan Calon PRU14”

    Posted by editor | 10 March 2018 | 9:18 am | 578

     

     

    ROS akan menghantar surat pembubaran kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sekiranya parti itu masih gagal mengikut prosedur pendaftaran pertubuhan di negara ini.

     

    Ia bukanlah satu tindakan berunsur politik atau berat sebelah, sebaliknya semua pertubuhan yang berdaftar di bawah ROS wajib mengikut perkara yang sama.

     

    Hanya PPBM atau Parti Bunga ini saja yang dilihat berdegil dan enggan menuruti prosedur yang ditetapkan sejak sekian lama itu. Mana mungkin tindakan ROS ini bertujuan mensabotaj Parti Bunga kerana prosedur pendaftaran berkenaan telah dicipta sejak sebelum idea Parti Bunga diilhamkan lagi.

     

    Namun biasalah, sebagai sebuah parti kerdil dan lemah tetapi masih mahu belagak hero, Parti Bunga akan terus memainkan persepsi yang jahat kononnya ROS adalah ‘tali barut’ kepada jentera Umno dan Barisan Nasional.

     

    Ketua Pengarah ROS Surayati Ibrahim berkata walaupun keperluan minimum menurut Seksyen 14(3) Akta Pertubuhan adalah tujuh hari bagi memberikan maklum balas, jabatan itu memberikan tempoh masa yang lebih panjang iaitu 30 hari, laporĀ Bernama.

     

    Menurutnya, notis itu, yang dikeluarkan mengikut Seksyen 14(2) Akta Pertubuhan 1996 dan berkuat kuasa pada 28 Februari lepas, diserahkan kepada Setiausaha Agung PPBM Datuk Shahruddin Md Salleh.

     

    Surayati berkata notis itu dikeluarkan berikutan aduan anggota-anggota Parti Bunga kepada ROS dan jabatan itu memerlukan maklumat tersebut bagi melengkapkan siasatan.

     

    “Notis 14(2) adalah suatu notis merujuk kepada perkara yang diarahkan oleh ROS untuk mengemukakan minit-minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta perihal penyata kewangan parti,” katanya dalam kenyataan kepada media semalam.

     

    Hentikanlah propaganda bahawa tindakan ROS ini adalah unsur sabotaj kerajaan kerana jabatan itu bertindak atas kehenda para anggota PPBM juga yang tidak henti-henti merayu.

     

    Justeru, mampukah Parti Bunga bertahan sehingga PRU14 atau hayatnya sekadar ini sahaja? Takziah buat Parti Bunga yang bakal layu. – TV14

     

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up