• Carian
  • Media Sosial
  • Hari Pengundian
  • VIDEO: Pandikar Beri Amaran Kepada Yang Persoal Dewan Tolak Usul

    Posted by editor | 8 March 2018 | 79

     

     

    Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini memberi amaran mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli parlimen yang masih mempersoalkan di dalam Dewan Rakyat setelah usul dikemukakan oleh mereka sudah ditolak secara bertulis.

    Tegasnya, apabila beliau sudah membuat ruling dan tafsiran menolak sesuatu usul mesyuarat, tidak perlu Speaker memberi alasan malah kaedah inilah juga dilakukan oleh parlimen lain di luar negara yang mengamalkan system seperti negara ini.

    “Saya sering kali diminta buat ruling dan apabila ruling berkenan dihati Yang Berhormat itu, mereka gembira tetapi jika tidak menepati rasa, ada Yang Berhormat tergamak buat kenyataan di luar Dewan dan cabar saya letak jawatan.

    “Saya minta semua ahli-ahli Yang Berhormat membawa Peraturan Mesyuarat 41, 42, 43 dan 44. Baca itu semua. Ada Yang Berhormat pengamal undang-undang,” katanya.

    Pandikar membuat teguran itu sebaik sahaja Ahli Parlimen PKR Klang Charles Santiago bangun di bawah perkara 18(1) selepas usulnya untuk meminta Dewan menyegerakan perbincangan mengenai kemiskinan kanak-kanak bandar ditolak oleh Dewan.

    Beliau turut mengingatkan Ahli Parlimen berhubung tindakan dikenakan terhadap Ahli Parlimen DAP Batu Gajah Fong Po Kuan kerana menghina Speaker Tun Zahir Ismail dan Dewan pada 2001.

    Semalam, tiga ahli parlimen DAP Nga Kor Ming (Taiping), Ngeh Koo Ham (Beruas) dan V. Sivakumar (Batu Gajah) berkata Dewan Rakyat tidak sepatutnya menjadi “sekutu untuk menutup skandal rasuah” dan mendesak Pandikar meletak jawatan kerana menolak usul berkaitan 1MDB dan isu kapal mewah milik Jho Low.

    Saksikan video Pandikar di Dewan Rakyat mengenai perkara tersebut.

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up