• Carian
  • Media Sosial
  • Hari Pengundian
  • Malaysia Bakal Capai Status Negara Pendapatan Tinggi – IMF

    Posted by editor | 8 March 2018 | 23

     

     

    Malaysia berada di landasan tepat bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi selaras prestasi kukuh dengan kadar pertumbuhan tinggi sepanjang tahun 2017 dan 2018.

     

    Ketua Pasukan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) di Malaysia, Nada Choueiri berkata, pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan itu didorong oleh faktor permintaan global kukuh terhadap sektor elektronik.

     

    Ia turut disumbangkan hasil peningkatan terma perdagangan bagi komoditi seperti minyak dan gas. Laporan badan antarabangsa itu sekali gus menafikan tohmahan jahat pihak pembangkang konon Malaysia sudah muflis.

     

    “Pada tahun 2017, pertumbuhan adalah lebih tinggi daripada yang dijangka pelbagai pihak iaitu 5.8 peratus dan pada tahun 2018 pertumbuhan juga diramal melebihi daripada apa yang diunjurkan iaitu pada 5.3 peratus.

     

    “Di peringkat domestik, sektor pekerjaan yang kukuh membantu dalam meningkatkan penggunaan swasta selain pelaburan turut memacu pertumbuhan tersebut,” katanya dalam sesi wawancara disiarkan dalam laman web IMF.

     

    Menerusi tajuk “Malaysia’s Economy: Getting Closer to High-Income Status”, IMF yang ditubuhkan sejak 1945 dan kini dianggotai 189 negara, meramalkan Malaysia tiada masalah mencapai taraf negara berpendapatan tinggi.

     

    Bank Dunia membuat definisi negara terbabit sebagai setiap rakyat secara purata meraih pendapatan bulanan bersih sebanyak AS$12,236 (kira-kira RM47,787) dengan menggunakan kaedah pengiraan Atlas Method sejak 2016.

     

    Setakat ini 78 negara menerima status elit tersebut sekali gus diiktiraf negara maju atau dunia pertama manakala sembilan negara dilucutkan taraf itu termasuk Venezuela yang pernah gah dengan harga minyak termurah di dunia.

     

    Untuk versi asal, sila klik http://www.imf.org/en/News/Articles/2018/03/07/NA030718-Malaysias-Economy-Getting-Closer-to-High-Income-Status . – Agensi

     

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up