• Carian
  • Media Sosial
  • Hari Pengundian
  • VIDEO: Masalah Air Di Lembah Klang Semakin Teruk

    Posted by editor | 7 March 2018 | 32

     

     

    Masalah gangguan bekalan air di Lembah Klang dan Selangor yang sudah sedia merimaskan pengguna, kini bertambah parah apabila Sistem Mampatan Udara di Loji Rawatan Air SSP3 pecah, lewat petang semalam.

     

    Video ihsan PEMBACA UTUSAN

     

    Berikutan insiden yang turut mencederakan kakitangan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn. Bhd. (Splash) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) itu, masalah gangguan bekalan air dijangka akan semakin lama berbanding tempoh dua minggu.

    Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dalam kenyataan pada malam ini memberitahu kerja-kerja pembaikan di SSP3 sudah siap dilakukan sebelum pukul 5 petang, tetapi Sistem Mampatan Udara itu tiba-tiba pecah semasa persediaan untuk mengaktifkan semula pengoperasian loji dibuat.

    “Ketika kejadian pihak SPAN dan pegawai-pegawai Splash berada di tapak. Kejadian itu menyebabkan kecederaan serius kepada kakitangan yang bertugas di tapak dan pihak Splash telah memaklumkan kepada pihak SPAN dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Dosh).

    “Susulan daripada insiden tidak dijangka ini, masa pemulihan bekalan akan tersasar dari jadual asal seperti yang dimaklumkan pada notis hebahan media sebelum ini,” jelas Syabas.

    Dalam pada itu, menerusi kenyataan yang sama, Syabas memaklumkan, pihaknya akan memaklumkan status pemulihan terkini kepada pengguna dari semasa ke semasa dan akan bekerjasama dengan pihak Splash bagi mempercepatkan kerja-kerja pembaikan.

    “Bantuan bekalan melalui lori-lori tangki air akan terus digerakkan ke kawasan yang terjejas dan Pusat Khidmat Setempat kami akan beroperasi 24 jam sehari sehingga bekalan pulih,” ujar kenyataan itu lagi. – UTUSAN ONLINE

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up