• Carian
  • Media Sosial
  • Hari Pengundian
  • Penulis Portal Dakwa Mahathir Akan Lancar Rampasan Kuasa Selepas Najib Umum Pembubaran Parlimen

    Posted by supertramp | 6 March 2018 | 12:16 pm | 2264

     

    Penulis portal Malaysia-Today mendakwa Mahathir akan lancar Coup d’etat (Kudeta) sebaik sahaja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak istihar pembubaran Parlimen.

    Menulis dalam portalnya, Raja Petra Kamaruddin menyatakan betapa Tun Mahathir percaya pembangkang tidak akan menang pilihanraya ke 14 lalu hasrat peribadinya akan hancur berderai.

    Selain itu, jika menang melalui pilihanraya sekali pun, Mahathir terpaksa berkongsi kuasa dengan sekutunya.

    Ini amat tidak di sukai oleh Mahathir, kerana lazim seorang diktator tidak dapat memenuhi kehendak peribadinya kerana ada pihak lain berkongsi kuasa.

    Maka, jika dia dapat merampas kuasa secara haram, tentu sekali kuasa itu milik mutlaknya.

    Melalui rencana yang di tulisnya berjudul –

    Final Push To Oust Najib To Be Launched Next Month

    Raja Petra Kamaruddin mendedah cara cara Mahathir akan melaksanakannya.

    Jika ada yang bertanya kenapa Mahathir mahu melakukannya sebaik sahaja Najib umum pembubaran Parlimen?

    Ia mudah, kerana ketika itu peranan Najib hanyalah sebagai Perdana Menteri “caretaker” sahaja, yang tiada kuasa mutlak untuk melantik, memecat atau mengisytihar apa apa yang besar bagi pihak kerajaan sehingalah selepas PRU habis dan Perdana Menteri ditentukan.

    Jika di ikutkan, cara cara pentaksub Mahathir yang sering mencabar Najib untuk menyaman Sarawak Report atau WSJ, harus di ingat, Mahathir juga amat takut untuk menyaman Malaysia-Today atau Raja Petra Kamaruddin.

    Walaupun sudah berkali kali MT dan RPK mendedahkan Mahathir lah penyamun sebenar yang menyamun wang negara dalam pelbagai cara dan kaedah, seperti “bailout” dan pengalihan wang dengan pemberian projek dan konsensi, namun Mahathir hanya mampu menyebut “dia kaki mabuk” sahaja kepada Raja Petra.

    Dalam rencana mahu rampas kuasa ini, RPK menulis bagaimana pegawai pegawai tinggi kerajaan dan mereka yang terbabit di sogok untuk melaksanakan misi ini.

    Bahkan diceritakan bahawa pihak AG dipaksa mencipta dakwaan terhadap Najib waima dakwaan itu palsu.

    Sebenarnya ini adalah kali kedua cubaan Mahathir untuk menjatuhkan Najib dengan cara yang sama.

    Cubaan kali pertama menggunakan 3 Tan Sri telah gagal.

    Sama ada apa yang di dakwa oleh MT dan RPK ini benar atau tidak, kerajaan dan Perdana Menteri Najib Razak harus juga berhati hati kerana Mahathir amat “desperado” dan mahu menguasai tampuk pemerintahan adalah atas sebab sebab peribadinya.

    Baru baru ini juga pihak kedutaan negara negara Eropah telah di seret ke kancah politik negara oleh Mahathir yang berselindung di belakang pemimpin Pakatan Harapan.

    Ia sebahagian dari rencana menggunakan pihak luar untuk masuk campur apabila PH kalah pilihanraya.

    Adalah kononnya nanti ada dakwaan palsu yang di cipta untuk diadukan kepada pihak kesatuan Eropah untuk isytihar tidak menerima kemenangan kerajaan Barisan Nasional kerana di dapati ada penipuan.

    Untuk hal ini juga, pihak Mahathir di percayai telah berpakat dengan pihak tertentu dari kerajaan yang telah di ugut atau di sogok olehnya.

    Dakwaan yang di buat oleh RPK dan MT ini mungkin di anggap terlalu jauh tersasar dari kenyataan, namun dengan orang seperti Mahathir apa pun boleh berlaku.

    Baru baru ini salah seorang kroni yang paling rapat dengannya telah di dapati gagal berniaga di India bahkan di tuduh cuba merasuah bersama rakan niaganya di India.

    Ananda Krishanan yang di ketahui mendapat banyak manfaat dari Mahathir telah kerugian hampir RM27 billion dan akan di isytihar muflis tidak lama lagi.

     

    Ini semua menambahkan sengsara kepada Mahathir dan ia amat perlu kepada kuasa untuk membantu rakannya selain atas sebab sebab tertentu yang telah kami beritahu sebelum ini.

    Fitnah Mahathir negara akan muflis telah makbul terhadap rakan dan ‘mesin ATMnya’ sendiri.

    Akhir sekali apakah yang akan berlaku sama sama kita tunggu, setelah rencana Mahathir ini terdedah dan sudah sampai ke pihak berkuasa, apakah dia memiliki plan B?

    Apa plan pun yang Mahathir guna pakai, Plan Allah tetap mengatasinya.

    Niat jahat pasti sekali tidak akan di restui olehNya kerana dalam negara Malaysia, ada ramai makhluk Allah berdoa supaya negara ini aman dan sejahtera. – TV14

     

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up