• Carian
  • Media Sosial
  • Hari Pengundian
  • “Janda Muda Persilakan 10 Lelaki Merogolnya”

    Posted by editor | 6 March 2018 | 753

     

    SABAN hari, semakin banyak rakaman video yang tersebar menyaksikan seseorang individu itu melakukan perkara-perkara yang tidak masuk akal hanya untuk mendapatkan perhatian ramai.

    Terbaharu, tular menerusi media sosial sebuah rakaman video seorang peniaga atas talian yang menjual peralatan seks mengatakan bahawa dia mahu merasa dirinya dirogol lebih daripada lima lelaki.

    Video tersebut dimuat naik peniaga berkenaan, Siti Amiza Baharuddin yang dirakam ketika dia sedang dalam perjalanan menuju ke Alor Setar, Kedah nyata menimbulkan amarah ramai netizen.

    Memuat naik video berdurasi 2 minit 12 saat di laman Facebooknya, Siti Amiza bertindak memegang dildo sambil menceritakan keinginannya untuk dirogol beramai-ramai oleh orang berbangsa Cina dan India.

    “Saya nak beritahu yang saya nak rasa kena rogol dengan lima tak cukup tau, teringin sangat nak kena rogol 10 orang lelaki.

    “Bekas suami saya, camni saja tak rasa langsung. Kecil, lepas itu dah pancut terus tidur. Masuk ini rasa apa? Alaa, macam budak kecil punya. Ingat kita ini budak kecil ke?

    “Kalau boleh nak dua ini. Sedap, bersih dan tak berbau. Besar. Nampak tak? Nak yang putih ini 4 dan yang gelap ini 6,” katanya sambil turut menulis kapsyen “Janda Makin Maju”.

    Selepas video tersebut tular, wanita tersebut mendapat kecaman hebat daripada netizen sehingga ada yang turut merakamkan video balas mempersoal tindakannya.

    Melalui satu video yang dimuat naik saudara Selvakumar, dengan nada marah ‘mentarbiah’ Siti Amiza atas tindakannya melakukan perkara yang dianggapnya sebagai tidak senonoh.

    Selain itu, dia juga merasakan tindakan Siti Amiza memuat naik video itu seumpama memalukan bangsa, agama dan juga keluarganya sendiri.

    “Cuba fikirlah dalam 20 tahun lagi ke, 15 tahun lagi ke, video ni kalau anak kau tengok, kalau kawan anak-anak kau tengok, mesti memalukan,” tegurnya kepada wanita berkenaan.

    Sebuah lagi video yang menegur Siti Amiza dimuat naik oleh saudara Akhir Ibrahim yang turut meluahkan rasa tidak puas hatinya atas tindakannya merendahkan bangsanya sendiri.

    Jelasnya Siti Amiza tidak mempunyai adab kerana menimbulkan kemarahan orang ramai, selain menasihati wanita berkenaan untuk menjaga percakapan dan menjaga maruah keluarganya sendiri.

    Susulan tularnya video itu, pihak Unit Tindakan Khas Skuad Badar Sungai Petani telah bertindak pergi ke rumah Siti Amiza untuk bertemu dan memberikan nasihat agar bertaubat dan menjadi peniaga yang berakhlak mulia.

    Bagaimanapun, pihak tersebut gagal untuk menemui wanita berkenaan kerana difahamkan dia pula kebetulan idak berada di rumah pada ketika itu.

    Sementara itu di media sosial, para netizen tidak menolak kemungkinan bahawa video yang dirakamkan Siti Amiza ini sebagai satu strategi pemasaran untuk melariskan produknya di pasaran.

    “Nak meniaga boleh, orang lain pun berniaga jugak. Tapi biar kena dengan cara Kak. Tak elok buat macam ni,” tulis Wan Nur Farhana.

    “Yang buyer pun ramai, kalau tak ramai, takde la laku produk dia ni,” tulis seorang lagi pengguna Facebook bernama Noriah Nasir.

    Selepas pemantauan kami, video asal Siti Amiza yang dikongsikan di Facebooknya itu telah dipadam selepas mendapat kecaman bertalu-talu netizen yang merasakan video tersebut tidak senonoh dan sengaja ingin merendahkan martabat bangsa Melayu.

    Sekitar Disember lalu, Siti Amiza juga pernah menjadi perhatian apabila mencari lelaki untuk berkahwin secara kontrak dengannya selepas bercerai pada 2016.

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up