• Carian
  • Media Sosial
  • Hari Pengundian
  • Israel & Selangor Kering Kontang Sebab Dua-Dua Ditadbir Pemimpin Zalim?

    Posted by editor | 6 March 2018 | 1:40 pm | 116

     

    KEBETULAN atau ‘hint‘ hanya Tuhan saja yang tahu apabila Selangor dan Israel sama-sama mengalami krisis air yang amat dahsyat sekali. Negara Zionis Israel itu mengalami kemorosotan pembekalan air sejak pertengahan 2017 lalu. Ini diakibatkan oleh┬áTasik Tiberias yang semakin mengering secara mendadak.

    Ia memaksa beberapa orang Menteri Israel meminta doa agar krisis air di negara mereka dapat diselesaikan oleh Tuhan, kerana usaha kerajaan Israel sudah menemui jalan buntu.

    Para penduduk Israel terpaksa diminta mengurangkan aktiviti berkaitan air pada setiap hari kerana ditakuti pembekalan air ke negara tersebut akan putus jika penduduknya membazir air.

    Perkara ini saling tidak tumpah seperti yang sedang berlaku di negeri paling maju di Malaysia iaitu Selangor. Walaupun Selangor merupakan negeri termaju, namun disebabkan kelemahan Kerajaan PKR Selangor mengurustadbir negeri, maka rakyat telah menjadi mangsa.

    Untuk rekod, mulai hari ini sebanyak 427 kawasan di sekitar Lembah Klang akan mengalami gangguan bekalan air berikutan kerja-kerja pembaikan peralatan kritikal selama 10 jam di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3.

    Antara kawasan yang terlibat, termasuk Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor dan Kuala Langat.

    Ia merupakan ia gangguan terbesar kali kedua untuk tahun ini sahaja selepas masalah sama melanda penduduk Lembah Klang pada 24 hingga 26 Januari lalu.

    Krisis air di Selangor ini telah berlarutan sejak tahun 2015 sehingga ke hari ini.

    Apakah ada persamaan antara Israel dan Selangor?

    Jika menurut kepercayaan Agama Islam, pengeringan air di Tasik Tiberias itu adalah petanda bahawa kemunculan Dajjal sudah tidak lama lagi.

    Ia juga boleh menandakan bahawa suatu perkara buruk dan kemurkaan Tuhan terhadap para penduduknya. Dengan kata lain, adakah pemimpin negeri di Selangor yang ada sekarang ini merupakan kumpulan pemimpin yang tidak patut kita pilih bagi memimpin hidup rakyat?

    Mungkin ada kebenarannya. Lihatlah sendiri bagaimana Mohamed Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor ‘merampas’ kerusi kuasa itu daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada September 2014 dengan jalan yang ‘tidak baik’.

    Hasilnya, Azmin telah memimpin dan mentadbir negeri terkaya ini dengan begitu rakus dan tidak memperdulikan rakyat. Bukan krisis air sahaja yang sedang rakyat Selangor hadapi, malah banyak lagi isu lain yang gagal diselesaikan Azmin.

    Sebagai contoh isu rumah mampu milik di Selangor yang masih belum selesai. 9 buah projek rumah mampu milik dibatalkan, manakala projek yang siap rupa-rupanya hanya sekadar ‘mampu tengok’, bukannya mampu milik.

    Isu gambar yang tular dipercayai Azmin yang sedang melakukan sesuatu perbuatan jijik di dalam tandas bersama seorang gadis. Walaupun ia sudah lama berlaku, namun Azmin masih tidak nafikan.

    Skandal tanah Ijok dan tanah Wetland yang masih berjalan sekarang ini. Azmin tetap dengan strateginya iaitu tidak membuka mulut terhadap skandal-skandal berkenaan.

    Kekayaan anak beranak dan orang-orang kanannya juga turut menjadi isu di negeri ini. Proksi Azmin dipercayai telah berjaya mengaut kekayaan yang maha dahsyat dalam hanya beberapa tahun sahaja.

    Banyak lagi isu lain yang menunjukkan bukti bahawa Azmin seorang pemimpin yang rakus, kejam dan tidak layak memimpin rakyat di Selangor ini.

    Sebab itulah mungkin Tuhan telah memberi ‘hint’ kepada rakyat bahawa Azmin serta rakan-rakannya dalam Pakatan Harapan tidak wajar dipilih untuk menjadi Khalifah dalam sebuah negeri yang terkaya ini.

    Sama seperti kemurkaan Tuhan terhadap kepimpinan Zionis di Israel yang tidak henti-henti mahu memusnahkan bumi kelahiran Para Anbiya’ iaitu Palestin.

    Adakah ini ‘hint’ dari Tuhan untuk dua pemimpin manusia itu? – TV14

     

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up