• Carian
  • Media Sosial
  • Hari Pengundian
  • Apa Masalahnya PM Tak Makan Nasi, Berbanding DAP Yang “Makan Babi”?

    Posted by jane | 23 February 2018 | 11:02 am | 405

     

     

    Semalam anggota parlimen Segambut yang juga ahli DAP, Lim Lip Eng, telah mempertikaikan diet pemakanan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak yang menyatakan beliau makan quinoa sebagai pengganti nasi.

     

    Najib berkata sedemikan ketika dalam sesi perkongsian Bajet 2018 di Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi dengan Fizo Omar.

     

    Lip Eng berkata rakyat tidak patut mengundi Najib pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang kerana tidak makan nasi, maka beliau tidak merasa kesusahan rakyat Malaysia yang lain yang hanya mampu makan nasi sahaja.

     

    Logik apakah ini? Kenyataan bodoh pemimpin DAP ini seolah-olah menggambarkan nasi adalah makanan orang miskin semata-mata. Adakah perlu untuk makan nasi dahulu sebagai syarat bagi rakyat mengundinya dalam pilihan raya? Manakala mereka yang tidak makan nasi tidak boleh dipangkah di kertas undi? Kebodohan pemimpin DAP itu amat ketara jelas di situ.

     

    Apakah bagi DAP, pemimpin perlu terlebih dahulu memakan nasi supaya ia boleh dianggap sebagai sebuah pentadbiran negara yang lebih adil?

     

    Sekiranya dia mempertikaikan diet pemakanan Najib, maka adakah sepatutnya orang Islam Malaysia kena mempertikaikan pemakanan sesetengah pemimpin bukan Islam DAP yang gemar memakan daging babi? Ini kerana ramai juga pemimpin bukan Islam dalam DAP yang menggemari daging babi sebagai makanan harian mereka.

     

     

    Orang Islam Malaysia tak pernah pertikaikan sesetengah pemimpin DAP berselera memakan babi, kerana kita tahu itu memang makanan mereka. Walaupun ia tidak halal buat majoriti rakyat di Malaysia, namun tidak pernah pula rakyat majoriti itu pertikaikan selera para pemimpin DAP berkenaan.

     

    Namun sebaliknya, ada DAP kisah mengenai orang Islam? DAP sendiri pun tidak mempedulikan pencemaran yang berlaku di Sungai Kreh akibat penternakan babi sehingga mengganggu gugat tahap kesihatan orang Islam di sana.

     

    Buruk sungguh perangai pembangkang kerana mempolitikkan pemakanan orang lain. Jadi apa masalahnya sekiranya Najib mampu makan makanan yang sihat sesuai dengan diet untuk menjaga kesihatannya? Tidak ada satu ayat pun yang keluar dari mulut Najib bahawa beliau mencemuh atau mempersenda nasi.

     

    Beliau hanya kongsikan pilihannya untuk memakan sejenis makanan sihat agar dapat menjaga tubuh badannya daripada dihinggapi penyakit yang tidak diinggini. Bukannya Najib mempersenda bahawa nasi itu makanan ruji untuk mereka yang papa kedana sahaja.

     

    Kalau itu menjadi masalah, maka Mahathir dan kroni-kroninya juga tidak layak mendapat undi kerana tidak merasai kesusahan rakyat dan mampu makan mahal-mahal.

     

    Kasihan pembangkang kerana terpaksa menggunakan isu bodoh untuk menghasut rakyat supaya membenci kerajaan.

     

    Sudah-sudahlah wahai pembangkang. Janganlah menunjukkan kebodohan dengan menyerang pihak lawan secara peribadi, itu hanya menunjukkan betapa bodohnya dan tak matangnya kamu dan betapa tidak layaknya kamu untuk mentadbir sebuah negara. -TV14

     

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up