• Carian
  • Media Sosial
  • Hari Pengundian
  • Siapa Yang Label Dyana Sofya Sebagai Penyedap?

    Posted by editor | 21 February 2018 | 12:48 pm | 2598

     

    IKON Melayu DAP iaitu Dyana Sofya berkata ada sesetengah pihak memberi label kepada golongan wanita yang menyertai arena politik sebagai penyedap.

     

    Walaupun tidak memperincikan tentang makna ‘penyedap’ yang diutarakan itu, namun ia boleh dianggap sebagai gambaran bagaimana sesetengah pihak meletakkan maruah dan kedudukan golongan wanita ini di bawah. Sekadar ‘pakai buang’ begitu sahaja.

     

    Dengan kata lain, penyedap itu adalah tidak dihargai, apatah lagi disanjung tinggi seperti yang diamalkan oleh pemerintah negara seperti Datuk Seri Najib Tun Razak.

     

    Namun siapa sebenarnya yang membuat label sedemikian rupa? Jika perkara ini telah keluar dari mulut Dyana Sofya sendiri, maka mestilah ia merupakan pengalaman dirinya sendiri.

     

    Mustahillah label penyedap kepada wanita ini diberikan kepada orang lain oleh pihak lain. Memandangkan ini pertama kali kita dengar bahawa golongan wanita dianggap sebagai sekadar penyedap.

     

    Dyana Sofya juga harus jelaskan secara terperinci apa maksud ‘penyedap’ yang dia sendiri katakan itu? Apakah penyedap ini berkaitan aktiviti seks? Atau sekadar memenuhkan korum sesebuah perkara?

     

    Pelik juga, jika Dyana Sofya tidak memberitahu perkara ini kepada umum, maka tiada sesiapapun yang tampil bercakap tentang penyedap ini.

     

    Terdahulu Dyana Sofya ini sudah berulang kali terpalit dengan pelbagai jenis skandal dan moral. Nama dia sekarang ini tidak lagi cantik sepertimana cantiknya rupa parasnya itu.

     

    Bermula sebagai calon DAP untuk PRK Teluk Intan, Dyana Sofya telah dipalitkan dengan cerita buruknya menjadi boneka kepada Legasi Lim atau lebih tepat lagi boneka DAP.

     

    Sampaikan dia jarang untuk dibenarkan memberi kenyataan kepada media secara terbuka tanpa sebarang ‘pengawasan’ atau ‘skrip’ terlebih dahulu daripada pucuk pimpinan DAP.

     

    BACA = DYANA SOFYA TERUS DIPERALATKAN DAP

     

    Selepas kalah, nama Dyana Sofya semakin teruk dan hodoh apabila tularnya beberapa keping gambar intim lagi mesra dengan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari.

     

    Jika gambar tular, Dyana Sofya mampu lagi berdiam diri, kali ini pada Mac 2017 tular pula video rakaman ‘aksi panas’ antara seorang lelaki persis Zairil sedang menari dan beradegan mesra bersama seorang gadis persis mirip Dyana Sofya. Dipercayai di dalam sebuah kelab malam.

     

    BACA DAN TONTON = BENARKAH ZAIRIL DAN DYANA SOFYA DALAM VIDEO ITU? KAMI ADA JAWAPANNYA…

     

    Walaupun mereka nafikan, pada April 2017 tular lagi beberapa keping gambar dipercayai Dyana Sofya sedang ‘bercumbu’ dengan seorang lelaki persis cina dipercayai Zairil di sebuah restoran mewah. Gambar perempuan dipercayai Dyana Sofya itu dilihat sedang meneguk air yang juga dipercayai bukan air sebarangan.

     

    BACA[GAMBAR] : DUA TOKOH MUDA DAP AJAR CARA BERCUMBU DI DEPAN NETIZEN?

     

    Timbul pula selepas itu beberapa keping gambar Dyana Sofya sedang menghisap rokok di sebuah kedai dipercayai ‘kedai mamak’. Kali ini Dyana Sofya tidak mampu lagi untuk menafikan. Lalu dia tampil menyatakan insaf secara terbuka.

     

    BACA = LIMA GAMBAR DYANA SOFYA SEDANG MENGHISAP…..

     

    Itulah cerita tentang Dyana Sofya. Walaupun rupa paras dan bentuk tubuhnya mampu menawan hati sang jejaka, namun perangainya hanya Tuhan sahaja yang tahu.

     

    Jadi nilailah sendiri siapa sebenarnya yang boleh digelar sebagai penyedap. Peliknya tidak pernah selama ini kita dengar sebagai wanita digelar penyedap terutama dalam Barisan Nasional.

     

    Mungkin penyedap yang dimaksudkan itu adalah label yang diterima oleh Dyana Sofya di dalam DAP. Adakah maksudnya ‘penyedap DAP’? Entahlah… – TV14

     

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up