• Carian
  • Media Sosial
  • Yang Kena Halau Mesti Kit Siang , Yang Halau Mesti Melayu , Macam Ada Agenda

    Posted by supertramp | 13 February 2018 | 11:33 am | 174


    DAP sering kali tuduh UMNO sebagai rasis.

    Hal ini amat mudah kerana DAP hanya perlu provok UMNO dengan hal agama atau bangsa lalu UMNO akan bangkit mempertahan kan atau bertindak, ketika bangkit bertindak ini lah DAP akan kata UMNO rasis.

    UMNO juga boleh buat perkara yang sama demi untuk membuat DAP kelihatan rasis.

    Hanya perlu ganggu tokong atau gereja , lalu DAP bangkit bertindak , dan ketika bertindak balas ini lah UMNO boleh mendakwa DAP amat rasis.

    Ketika UMNO bangkit mempertahankan apa yang di ganggu dan di ceroboh UMNO akan di gelar sebagai ‘rasis”, tetapi apabila DAP bertindak balas dia akan di kata kan sebagai pembela “hak”. Defending the peoples right.

    Itu beza nya.

    Jika UMNO bertindak balas masyarakat bukan melayu di arah melihat kepada tindak balas UMNO dan bukan kepada punca dan sebab apa UMNO bertindak balas.

    Jika DAP pula bangkit membela atau bertindak balas, masyarakat di arah untuk melihat punca dan sebab nya.

    Jadi itu lah beza nya , dan itu lah juga menampak kan betapa masyarakat sering kena “main” dengan DAP.

    Isu terkini pula menyaksikan betapa supremo DAP Lim kit Siang telah di usir keluar dari sebuah kampung.

    Tular nya video berkenaan di mana terlihat beberapa individu telah memberi arahan henti dan keluar dari kawasan kampung itu kepada rombongan pemimpin Pakatan Harapan .

    Kita bukan hendak persoal berkenaan siapa yang menghalau Lim Kit Siang , tetapi mahu persoal agenda apa yang ada pada isu Kit Siang di usir.

    Dari pemerhatian , sudah 3 kali di laporkan LKS di halau dari berada di tempat yang hendak di ada kan ceramah.

    Kita kisah kan hal usir yang bterjadi berkaitan LKS yang besar besar sahaja walaupun ada insiden kecil yang tidak di laporkan.

    Pada tahun 2015 Lim Kit Siang pernah di halau oleh penduduk di Masai. tahun 2013 di halau di Gelang Patah dan terkini di halau di Johor Bahru pula.

    Untuk makluman , tiap kali Lim kit Siang di halau , UMNO akan di tuduh seperti Tien Chua menuduh samseng UMNO mendalangi insiden beberapa hari lalu , walau pun jelas tiada yang terlihat UMNO pada apa apa dan sesiapa.

    Gambaran di beri seolah olah kezaliman telah di lakukan terhadap LKS.

    Maka selepas LKS di halau , akhbar bahasa Cina akan main kan isu itu sebesar besar nya dan di pick up oleh portal anti melayu Islam pro pembangkang.

    Ada kah pembaca dapat melihat skrip dan agenda dari insiden halau ini?

    Ada kah ia petanda LKS sedar undi orang Cina sudah merosot dan demi meraih simpati maka terlihat di halau boleh memberi mesej perkauman secara tidak lansung?

    LKS juga sedar akan kempen protes #UndiRosak masyarakat Cina terhadap nya yang begitu tersebar kerana tindakan nya memeluk Tun Mahathir.

    Mungkin dengan insiden ini LKS dan DAP akan mendapat kembali undi Cina.

    Maka masyarakat Cina akan merasa orang melayu UMNO rasis dan harus di tolak?

    Sejak kebelakangan ini , masyarakat Cina telah mula membuat penilaian terhadap tindakan LKS membelakangi mereka dengan memeluk Tun Mahathir.

    Sedikit demi sedikit kepercayaan terhadap LKS mula terhakis.

    Maka atas sebab itu satu “stunt” perlu di lakukan untuk meraih kembali sokongan mereka.

    Maka acara serampang 2 mata harus di lakukan.

    Pertama masuk ke kawasan Melayu dengan badut melayu untuk memberi ceramah, jika di terima maka propaganda DAP dapat di sumbat kepada penduduk melayuu, jika tidak dan kena halau, sentimen perkauman boleh di mainkan oleh akhbar bahasa Cina yang Pro DAP.

    Yang rugi nanti ada lah UMNO.

    Dua dua hal pun UMNO yang rugi walaupun yang menghalau LKS bukan orang UMNO.

    Pertama UMNO rugi kerana LKS dengan anjing Melayu nya dapat masuk ke kawasan melayu, dan kedua apabila di usir , akan dapat memburukan kan nama UMNO.

    Sebijik batu dapat membunuh dua ekor burung.

    Itu lah ploy LKS dan DAP yang di lakonkan oleh Pakatan Harapan.

    Sambil itu Tun Mahathir dengan acara sakit nya seperti biasa masuk ke IJN.

    Jadi lengkap lah skrip raih simpati sambil memburukan kan UMNO.

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up