• Carian
  • Media Sosial
  • (VIDEO) Peminat Puji Cara Siti Sarah Didik Anak

    Posted by jane | 13 February 2018 | 8

     

    Peminat puji cara didikan penyanyi Siti Sarah terhadap anak-anaknya menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagram (IG)nya.

    Menerusi video tersebut, Siti Sarah yang memegang rotan telah memarahi dua anaknya Uwais Alqarni dan Dzahira Talita Zahra kerana bergaduh dan memukul antara satu sama lain.

    Isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu itu meminta kedua-dua anaknya berikrar supaya tidak mengulangi kesilapan tersebut lagi.

    Kedua-dua anaknya kemudian bersalaman dan berpelukan bersama sambil menangis teresak-esak.

    Rata-rata peminat dan netizen setuju dan memuji cara didikan Siti Sarah yang dirasakan dapat membentuk anak-anak yang baik di masa hadapan.

     

     

     

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up