• Carian
  • Media Sosial
  • Vidal Mahu Kekal Di Bayern

    Posted by suzein-yana | 13 February 2018 | 7

     

     

    Arturo Vidal menegaskan dia tidak terlintas untuk meninggalkan Bayern Munich sambil berbesar hati untuk melanjutkan kontraknya.

    Masa depan pemain tengah Chile itu yang menyertai Bayern dari Juventus pada 2015 hangat diperkatakan musim ini di celah-celah minat daripada Chelsea.

    Kesepakatan Bayern untuk menandatangani Leon Goretzka dari Schalke menguatkan lagi perkhabaran itu, dengan Inter juga sedang memantau perkembangannya.

    Bagaimanapun, pemain berusia 30 tahun itu tidak mempunyai rancangan untuk meninggalkan Allianz Arena dan sedia mempertimbangkan kontraknya yang akan tamat pada 2019.

    “Saya tidak memikirkan perpindahan” kata Vidal seperti yang dilaporkan Sport1. “Saya berasa sangat selesa di sini”

    “Sudah tentu saya ingin melanjutkan kontrak saya. Itu pilihan saya, anak-anak saya juga sangat gembira di sini”

    Vidal telah membuat 18 penampilan Bundesliga musim ini dengan menyumbat enam gol – Skysport

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.



    Scroll Up