• Carian
  • Media Sosial
  • Selama 22 Tahun Pun Tak Mampu Bagaimana Hanya Jawatan PM Sementara Mampu Bela Kaum India

    Posted by fatty | 13 February 2018 | 10

     

    Pengerusi Pusat Aduan Rakyat Malaysia (PAR Malaysia), Datuk A. Chandrakumanan menyifatkan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya Pakatan Harapan akan membantu masyarakat India jika beliau dilantik menjadi perdana menteri sekali lagi hanyalah satu kenyataan retorik politik.

    Jelas beliau, selama 22 tahun menjadi pemerintah, ternyata Dr Mahathir gagal membela nasib kaum India dan ini amat berbeza dengan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang mampu menyelesaikan banyak isu kaum India hanya dalam satu penggal pemerintahannya.

    Tegasnya jika semasa diberi peluang menjadi Perdana Menteri puluhan tahun pun Dr Mahathir tidak mampu membela kaum India bagaimana dia boleh laksanakan janji tersebut dalam keadaan dirinya hanya memegang status Perdana Menteri sementara.

    “Bagai saya janji Dr Mahathir itu hanyalah satu kenyataan terdesak yang hanya mahu memastikan undi kaum India berpaling tetapi saya yakin, kaum India tidak akan mudah dipergula-gulakan.

    “Sejak menerajui kerajaan, Datuk Seri Najib telah melakukan pebagai usaha untuk menjaga kebajikan dan membela nasib kaum India, contohnya memperkenalkan Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (MIB).

    “MIB mampu mengubah nasib masyarakat India selain mengambil serius mengenai kesejahteraan masyarakat India, transformasi terhadap sekolah-sekolah Tamil, peluang pendidikan, menaik taraf ekonomi dan transformasi sosial. Jadi, saya amat berharap agar kaum India tidak akan mudah mempercayai pembangkang yang terkenal dengan janji manis bulan dan bintang,” ujarnya kepada UMNO-Online.

    Tambah beliau, kaum India harus berfikir secara matang dengan membezakan siapakah yang sebenarnya benar-benar ikhlas membela nasib kaum India.

    Baru-baru ini semasa berucap dalam majlis perayaan Ponggal di Kelang, Dr Mahathir berjanji akan membela nasib kaum India sekiranya diberi peluang untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi.

    Tun juga mengakui, sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri, dirinya tidak mempunyai banyak peluang untuk menangani hal-hal masyarakat India. – MediaUMNO

    Komen Facebook

    www.tv14.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
    Artikel Berkaitan



    Scroll Up